15/10/2009
"Abang suka Ekin.."
"Abang sayang Ekin"
"I Love You"...
Tiga potong ayat yang cukup bermakna untuk saya.
Tiga potong ayat yang mengikat hubungan kita sampai hari ini.
Tiga potong ayat yang saya harapkan akan membawa hubungan kita kekal dunia akhirat.
25/07/2012
'We have been loving each other for 2 years, 9 months, 1 week & 3 days'.
Itu yang tertulis di widget tepi blog ni.
It also means that we have been loving each other for 1000 days!
Ingat lagi tak lagu selamat malam? Lagu pertama yang anje bagi kat chenta.
Ingat lagi tak surprise kek dan rantai? Suprise pertama selepas chenta jadi makwe anje, masa birthday chenta pulak tu.. hehe..
Ingat lagi tak masa chenta malu2 bila keluar dengan anje smpai ada kawan kena temankan?
Banyak kenangan dalam seribu hari kalu nk ingatkn semua.. huhu..
1000 hari bersama chenta..
1000 hari bersama gadis comel yang sering memberi senyuman manis..
1000 hari bersama gadis yang kadang kala seperti seorang kanak-kanak..
1000 hari bersama gadis yang penuh kata-kata puitis dan madah pujangga..
1000 hari bersama seorang kakak yang kadang-kadang garang giler dengan adik2..
1000 hari bersama seorang gadis yang manja tapi tak nak mengaku dia manja.. hehe..
1000 hari bersama seorang yang kadang-kadang berlagak cool walaupun hatinya resah..
1000 hari bersama seorang insan yang banyak menyokong aku walaupun sokongannya lebih kepada nak condemn.. haha..
1000 hari merasai kasih dan sayang daripadanya..
1000 hari yang penuh warna-warni kehidupan, dugaan, cabaran, kenangan indah yang dilalui bersama..
1000 hari dan terus menghitung, agar hubungan ini kekal selamanya..
Chenta,
1000 hari berlalu..
'Anje tetap suka Chenta..'
'Anje tetap sayang Chenta..'
'I Love You, Chenta.. Always..'
Anje sentiasa mendoakan yang terbaik dan sentiasa cuba usahakan yang terbaik untuk kita.
Untuk melihat Chenta sentiasa tersenyum, bahagia.
Maafkan diri ini tidak sempurna.
Harap dapat diterima seadanya.
Anje Sayang Chenta.
I Will Always Love You..
Daripada Sayangmu,
MOHD FITRI BIN ABDUL GHANI
Thank You So Much To You Chenta...