Tuesday, October 16, 2012

Thank You...

Alhamdulillah.. tiada apa lagi yang mampu ku ucapkan selain dari rasa syukur apabila melihat kita mula melangkah memasuki tahun ke 4 dalam hubungan ini..

Terlalu banyak yang berlaku.. pahit, manis, suka dan duka yang terus kita tempuhi bersama.. Anje dahului dengan ucapan terima kasih kerana Chenta terus berkongsi kasih dengan Anje sepanjang tempoh ini..

Anje sayang sangat pada Chenta.. tiada apa lagi yang Anje impikan selain mahu membawa hubungan kita ini ke peringkat seterusnya.. Anje terus berdoa, berusaha, dan mengharap agar satu hari nanti kita akan disatukan dalam satu ikatan yang sah.. Jujur Anje katakan, kadang kala timbul perasaan cemburu apabila melihat orang2 yang ku kenal sudah mula hidup bahagia bersama insan tersayang.. Aku juga ingin menikmatinya bersamamu..

Pada Chenta yang Anje sayang,

Maafkan diri ini yang terlalu banyak kekurangan..
Maafkan diri ini tidak dapat menjadi seorang yang sempurna..
Maafkan diri ini jika masih belum mampu untuk membuat dirimu bahagia..
Hanya yang Anje tahu,
Anje akan terus berusaha melakukan yang terbaik..
Anje akan terus berada dengan Chenta dikala susah dan senang..
Anje akan terus menyayangi Chenta seikhlas hati dan menerima seadanya Chenta..
Kerana bagiku, cinta bukanlah bererti mencari seorang yang sempurna untuk dijadikan pasangan hidup..
Cinta adalah bagaimana aku boleh menerima kamu dan menyempurnakan dirimu..

Harapan terus menjadi nadi langkahku..
Anje percaya, satu hari nanti pasti akan tiba juga saat itu..
Saat di mana Anje melafazkan kalimah 'AKU TERIMA NIKAHNYA..'
Cinta kita berdua akhirnya bersatu dengan sempurna..
Someday Chenta, I will marry you!!!

Sekali lagi, terima kasih Chenta atas segala kasih sayang yang diberikan..
Terima kasih atas segala pengorbanan yang dilakukan..
TERIMA KASIH SAYANG.. I LOVE YOU SO MUCH..


From Anje..