Friday, June 24, 2011

Kembara Cinta : Chapter 7

Hari berganti hari, perkenalan Fitri dengan Asyikin semakin rapat, cuma dia masih lagi berasa malu dengan gadis yang mempunyai senyuman manis itu. Walaupun ramai orang menganggap Fitri sebagai seorang yang serba boleh, tetapi apabila sampai ke topik soal hati dan perasaan, dia tewas. Bersekolah di sekolah yang hanya mempunyai pelajar lelaki, jiwa seorang perempuan terlalu sukar untuk difahami olehnya, hanya Fify yang boleh diharapkan untuk membantunya.

"Assalamualaikum Abang, boleh hantar adik balik rumah tak?" Suara Fify kedengaran di hujung talian apabila Fitri menjawab deringan telefon bimbitnya.

"Waalaikummussalam.. bila tu?" Fitri yang masih dalam keadaan separuh sedar selepas bangun dari tidur melihat jam di atas meja. 11.25 pagi, hampir dua jam dia terlena selepas selesai membasuh baju tadi.

"Sekarang la, boleh tak?" Fify bertanya seperti dalam keadaan tergesa-gesa.

"Ok, kejap abang nak tukar baju, tunggu kat belakang kolej" Dia bingkas bangun menukar pakaian dan terus ke bilik air untuk membasuh muka. Enjin kereta dihidupkan dan Fitri terus bergerak ke KPTM untuk mengambil Fify yang sudah menunggu di pintu pagar.

"Apa benda dalam beg tu?" Fitri bertanya selepas adik angkatnya masuk ke dalam kereta dengan membawa sebuah beg.

"Baju, nak basuh kat rumah.. hehe" Fify tersengih kepada abang angkatnya.

"Ni nak balik rumah sebab nak basuh baju je ke?"

"Yup.. malas la nak basuh kat sini, bawak balik rumah ibu tolong basuhkan.. hehe"

"Pemalas betul adik abang ni.. hmmm..." Fitri menggelengkan kepala.

"Bukan selalu pun abang.. Eh, abang macam mana dengan Ekin sekarang?" Fify sengaja menukar topik perbualan. Dia tidak mahu mendengar bebelan Fitri yang kadangkala dirasakan lebih teruk dari ibunya.

"Macam biasa je la.. kenapa?"

"Bila nak cakap dekat Ekin?"

"Cakap apa pulak ni adik?"

"Cakap yang abang suka dekat dia la.. ish, abang ni, cakap kat orang pandai sangat, dia pun lebih kurang je.." Fify mengambil kesempatan untuk membebel Fitri pula.

"Nantilah adik, awal lagi.. biarlah kitorang kenal-kenal dulu.. nak gelojoh sangat buat ape.. haha" Fitri memberikan jawapan yang sudah dapat diduga oleh Fify.

"Jangan tunggu lama sangat abang.. nanti melepas kat orang lain padan muka.. adik dengar ramai yang nak mengorat dia.." Fify seperti mendesak.

"Ye la adik.. jangan risau ok.. takkan tak kenal abang kot.. haha" Fitri cuba meyakinkan Fify walaupun dia sendiri kurang yakin dengan dirinya.

...............................................................................................................................

Fitri termenung sendirian di dalam biliknya, terlalu banya persoalan yang bermain di minda pada waktu itu.

"Kenapa banyak sangat tak pergi kelas ni? surat amaran dah sampai rumah dah... sebelum ni tak jadi macam ni pun.. apa masalah abang?" Suara ibunya dirasakan ada nada kecewa semasa dia menerima panggilan tempoh hari.

"Entahlah mak.. susah nak cakap.. kalau abang cakap pun bukan mak dengan abah nak dengar.. sama ja.." Fitri sedikit memberontak.

"Bukannya suruh buat apa pun.. suruh belajar ja.."

"Bukan sebab tu.. tapi kalau dah tak minat, macam mana nak rasa seronok belajar.. dah la mak.. abang malas la nak cakap pasal benda ni lagi.. bukan boleh selesai pun.. ok bye, Assalamualaikum..." Fitri memutuskan talian, dia semakin tertekan dengan prestasi akademik yang kurang baik semester ini.

Benar, kursus yang diambil sekarang bukan atas kerelaan sendiri, dia hanya cuba memenuhi kehendak ibu bapanya supaya dia menyambung pengajian. Tetapi sekarang dia sudah berada dalam semester lima, mana mungkin untuk dia berhenti pada tahap ini, baginya alang-alang sudah terlajak, baik habiskan saja. Kemungkinan untuk dia terpaksa menambah tempoh pengajian amat tinggi kalau prestasinya masih seperti ini. Tapi dia tidak pedulikan semua itu, yang penting Diploma Kejuruteraan Awam yang diambil kini akan digenggam!

Perkara itu juga sedikit sebanyak membuatkan dia malu untuk menjadi lebih rapat dengan Asyikin. Andai Asyikin tahu tentang perkara ini, pastinya dia akan dicop sebagai pelajar bermasalah oleh gadis itu. Sedaya upaya disembunyikan perkara ini dari pengetahuan Asyikin. Hanya sahabat yang benar-benar rapat dengannya tahu tentang perkara ini.

Malam semakin lewat, jam menunjukkan pukul 11.40 malam. Fitri mencapai kunci kereta dan baju sejuk di dalam loker. Dia terus berlalu keluar tanpa memberitahu apa-apa kepada teman serumahnya. Kereta menyusur laju ke Teluk Chempedak, Fitri terus menuju ke beberapa bongkah batu besar yang berada di hujung pantai itu selepas meletakkan kereta di hadapan restoran McDonald's, dia duduk di atas salah satu batu di situ. Dia melihat ke arah pantai, sesekali nafas yang diambil dihirup sedalam-dalamnya. Seringkali dia ke sana apabila berasa kacau seperti sekarang. 'Apa lagi yang aku nak buat? Takkan nak suruh aku berhenti sekarang?' Perbualan dengan ibunya di dalam telefon tempoh hari masih terngiang di telinga. Timbul rasa menyesal kerana membuat begitu pada ibunya, tapi dia sendiri sudah malas untuk membincangkan perkara itu. Baginya yang penting sekarang adalah terus menghadapi hari-hari mendatang dan habiskan pelajarannya di sini.

...............................................................................................................................

"Aku ingat nak balik kampung kejap la minggu ni.." Fitri menyatakan hasratnya pada Wafie.

"Nak aku hantar kau kat terminal? Atau kau balik sendiri?" Wafie sentiasa membantu kalau sahabatnya itu memerlukan pertolongannya.

"Hantar aku kat terminal je la.. kereta nanti kau tolong jaga kejap k.."

Mungkin dia perlukan sedikit rehat daripada terus memikirkan masalah yang sering berlegar dalam fikirannya sekarang. Biarlah cuma sehari dua tapi semasa di kampung nanti dia akan menggunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk menghilangkan rasa kusut dalam dirinya. Kuliah masih berbaki dua hari lagi sebelum dia pulang ke kampung. Segala tugasan dia perlu siapkan secepat mungkin, tidak mahu dibawa pulang bersama bila dia balik nanti...

Bas yang dinanti akhirnya tiba di perkarangan terminal, Fitri terus menaiki bas selepas bersalam dengan Wafie. "Aku gerak dulu, apa-apa hal kau roger aku ok.."

"Orait bro! semoga selamat sampai.." Wafie terus berjalan menuju ke kereta selepas bas bertolak.

Berada di dalam bas untuk perjalanan jauh agak membosankan bagi Fitri. Jika dia balik dengan kereta sekurang-kurangnya dia boleh singgah di mana-mana destinasi yang dirasakan menarik., tapi untuk balik dalam tempoh yang singkat seperti sekarang kurang berbaloi untuk memandu sendiri. Kos untuk pergi ke Kedah sahaja hampir mencecah RM300, belum ditambah kos untuk pulang ke Kuantan semula, terpaksa jugalah dia menaiki bas. Akhirnya dia terlelap juga semasa bas sudah berada di Bentong.

"Awat cucu tok tak habaq nak balik ni?" neneknya bertanya apabila Fitri tiba di perkarangan rumah pagi keesokan harinya.

"Takdak apa la tok, saja nak buat surprise! hehe.."

"Tak mau makan dulu ka?" neneknya mempelawa Fitri untuk makan dahulu apabila melihat dia terus masuk ke bilik.

"Takpa la tok, nak rehat sat.. satgi la abang makan.." Fitri terus merebahkan badan di atas katil. Kepulangannya ke kampung kali ini tidak diberitahu kepada ibunya. Dia juga mengingatkan neneknya supaya tidak memberitahu ibunya yang dia berada di sana. Takut ibunya risau pula kerana dia pulang ke kampung secara tiba-tiba begitu. Dia cuma mahu merehatkan minda sebentar dengan menikmati suasana kampung tercinta. Baginya tidak ada tempat yang lebih baik untuk menenangkan jiwa selain dari kampungnya itu. Pulang sahaja ke Kuantan nanti, dia perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki prestasinya sekarang.

....................................................................................................................................

Thursday, June 23, 2011

Wednesday, June 22, 2011

Kembara Cinta : Chapter 6

Kuliah akhirnya bermula, kini sudah masuk minggu ketiga Fitri di dalam pengajiannya untuk semester ini. Petang itu dirasakan begitu panas sekali, dia mengambil keputusan untuk makan tengah hari lebih awal. 'Alang-alang dah lepak minum, makan je la terus..', sedang dia menikmati juadah bersama beberapa orang kawan, dia menerima pesanan ringkas dari telefon bimbitnya.

'Hye abg...em knl x? hehe... Lma xdgr kbar brta.. diam jew...msih igat lg kew owg dcni...hem... sori la ggu time2 mcm ni...hehe.xsgaja.' Dari nombor telefon yang terpapar, dia seperti pernah melihat nombor itu, tetapi dia sendiri sudah lupa bila dan di mana.

'Sape pulak yang hantar mesej ni.. hmm.. aku kenal ke eh?' Fitri cuba megingati tuan empunya nombor tersebut, tetapi tetap tidak mengenalinya. 'Tanya je la, lupa dah kat mana aku tengok no ni..'

'Hai, sape ni eh? hehe.. x ganggu pn, abg xwat ape pn..'

'Tgok 2...xknal owg lak..xnk gtau la..hem..'Dia menerima balasan dari pesanan ringkas yang dihantar sebentar tadi.

'Eh, merajuk pulak.. sape ni? aduhh.. mcm aku pernah tengok nombor ni..' Dia mengamati nombor tersebut sekali lagi, kali ini Fitri pula yang kelihatan gelabah. 'Alamak, ni nombor yang aku bagi kat Ekin hari 2.. ish, tu la tak save awal-awal dalam phone, kan dah kena.. Merajuk la pulak Ekin, macam mana ni..' Fitri tercari-cari ayat yang sesuai digunakan untuk membalas mesej Asyikin.

'Ni ekin kan? sori la abg lupa nak save no ekin ari 2.. hehehe.. x lupa la.. mna abg pnah lupa kat ekin.. hehe.. ekin tgh wat apa 2?'

'Yela ekin... em yela 2.. sorry ggu.. kot le lpe kat owg.'

'Eh, abg x lupa la kat ekin.. abg lupa nak save no yg abg bg kat ekin ari 2 je.. hehehe.. sori ye..'

'Oo... xpa ar..' Mesej yang diterima membuatkan Fitri makin tidak senang duduk. Risau benar dia kalau-kalau Asyikin merajuk dengannya.

'Em, ekin wat apa 2? xda kelas ke skrg?'

'Jap g kol 3...abg dah mkn?'

'Ekin dah mkn ke?' Sengaja soalan Asyikin itu dibalas semula dengan soalan, kalau gadis itu belum makan, boleh dia mengajak Asyikin untuk makan bersama.

'Dah... abg?' ringkas jawapan yang diterima. 'Alamak, melepas la pulak..' Fitri mengeluh di dalam hati.

'Abg pn baru lepas makan je ni.. hehe..'

'Oo...hehe.tiap ptg rjin men bola erk..'

'Em, saja exercise skit ptg2.. lpas tension, klas byk sgt.. main bola leh rilex otak skit..'

'Oo yaka.. em ptut ar skrg ni ssah sgt jmpa abg... sllunya jlan2 kt kwsn klej jmpe jew abg.skrg ni nk nmpk mke abg pun ssah aw.. hehe. smlm jew nmpk.xpe ar nk siap2 dlu. nk g klas. ok daa abg.' Memang jarang benar mereka berselisih di dalam kampus kerana bilik kuliah mereka berlainan blok, semalam pun cuma kebetulan dia dalam perjalanan ke perpustakaan. 'Fuhh.. selamat la dia tak merajuk lama, kalau tak, naya aku tadi.. baik aku save dulu nombor ni.. nanti lupa lagi susah aku..'

.............................................................................................................................

Selepas seminggu berfikir panjang, Fitri mengambil keputusan untuk melakukan tindakan. Dia tidak mahu lagi hanya duduk berdiam diri. Semakin lama dia semakin rapat dengan Asyikin, tetapi hubungan itu lebih kepada hubungan abang dan adik. Dia seperti tidak selesa dengan keadaan itu, Fitri merasakan dia mahu gadis itu menjadi lebih dari seorang adik padanya, menjadi teman yang lebih mesra. Fitri mengajak Fify makan malam bersama malam itu.

'Adik, mlm ni mkn ngn abg skali jom.. ade bnda nk story skit ni.. hehehe...'

'Ok abg.. 8.30 eh? kat blkg..'

'Orait..'

Dia makan dengan cepat malam itu, Fify pula masih terpinga-pinga dengan ajakan abang angkatnya petang tadi. "Tadi dalam mesej abang cakap ade benda nak story kan?" Fify terus bertanya apabila melihat Fitri sudah selesai menjamu selera.

"Aaa.. camne nak cakap eh? hehe.. malu la dik.."

"La, abang ni kenapa? bagitau la cepat.."

"Camni, adik tau kan abang selalu mesej, call dengan Ekin.."

"Oo.. suka la ni? hahaha.. abang dilamun cinta ke?"

"Ish budak ni, gelak pulak dia.. tak tau la dilamun cinta ke apa, just sekarang ni rasa cam tak brape selesa la.. rasa cam adik ngan abang je.."

"Oo.. dah tu abang nak adik buat ape?"

"Bagi la tips sikit camne nak rapat dengan Ekin.. bukan nak ngorat ke apa, just nak kenal lebih lagi je.. hehehe.."

"Abang tak nak ngorat Ekin? biar betul? Bukan main cantik lagi Ekin tu, takkan abang tak nak kot.."

"Bukan taknak, tapi belum sampai masanya lagi.. kalau boleh biar la kenal-kenal dulu.."

"Ok la abang, saya ikut je.. abang pun, jangan la diam sangat.. asyik Ekin je yang mesej dulu.. cuba abang pulak yang start dulu, baru la dia rasa macam abang ambil berat kat dia.. sekali-sekala ajak la dia keluar makan ke, ni tak, ajak adik pulak.. camne nak rapat dengan Ekin? hemmm..." Fify seperti memberikan ceramah motivasi cinta pula pada Fitri.

"Bukan abang taknak mesej, segan la.."

"Dah, tak payah nak segan.. kalau yang tu pun abang tak boleh nak buat, adik tak tau la nak tolong abang camne.. abang kena la start dulu, baru la adik boleh tolong.."

"Ok2, nanti abang try.."

"Haa.. macam tu la, kalau ada apa-apa bagitau adik k.."

Selepas dari malam itu, Fitri mula melakukan tindakan, dia mula menghantar mesej, kadangkala mereka berbual melalui telefon. Dia juga sudah beberapa kali mempelawa Asyikin untuk makan malam bersama, respon yang diterima cukup positif, gadis itu tidak pernah menolak pelawaannya. Boleh dikatakan setiap minggu paling kurang sekali dia akan mengajak Asyikin untuk makan malam bersama. Fify pula terus memberi tips dan rancangan kepada Fitri, semakin lama dia merasa makin mesra dengan Asyikin, kini rasa malunya pada gadis itu semakin berkurangan.

..............................................................................................................................

KPTM semakin kecoh dengan berita mengenai serangan virus H1N1. Baru saja seminggu pelajar program usahasama UiTM diberi cuti selama seminggu, kini KPTM pula mengeluarkan notis untuk menutup kampus selama seminggu. Semua pelajar diarahkan untuk pulang ke kampung masing-masing dengan kadar segera. Fitri teringat pada Asyikin yang perlu balik ke Perak, dia terus menghubungi gadis itu.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikummussalam..."

"Erm, kolej bagi cuti seminggu.. Ekin dah beli ke tiket bas nak balik Perak?"

"Belum lagi, orang tak tau la nak balik ke tak.. pergi rumah Pak Su dulu kot.." Dia teringat Asyikin pernah memberitahu pak cik nya ada tinggal berdekatan.

"Oo.. ok, kalau macam tu takpe la.. kalau nak abang belikan tiket bagitau k.."

"Ok, takpe la abang, susahkan abang je.."

"Eh, takpe, kalau ada apa-apa bagitau je k.. Assalamualaikum.."

"Waalaikummussalam..."

Selepas solat Maghrib, dia menerima pesanan ringkas dari Asyikin.

'Abg thanks ye coz ambk brat ttg ekn...ekn hrgai sgt2...mlm karang kol 1 kot brtolak... xpa la ekn pon skrg dah da kt umah pksu ni... apa2 hal nty msg la ekn k..tata..'

Gembira hatinya menerima mesej itu, walaupun pertolongan yang hendak diberikan tidak seberapa, gadis itu begitu menghargainya. Fitri tersenyum gembira agak lama ketika itu.

'xpe, abg cuma tlg mana yg blh je.. hehe.. ok, ekin jaga diri ye.. kalau ada apa2, msg abg jgk.. k, bye2..' Dia membalas mesej itu bersama satu senyuman yang tidak dapat dilihat oleh Asyikin.

Selepas seminggu bercuti, mereka kini pulang semula ke bumi KPTM untuk meneruskan kuliah. Pada sebelah malamnya, Fitri berjumpa dengan adik angkatnya, Fify.

"Adik, thanks sebab banyak tolong abang, malam ni abang belanja adik makan.. hehe"

"Betul ni? ok, thanks abang.." Sementara menunggu pesanan mereka tiba, Fitri dan Fify berbual sebentar.

"Abang, adik rasa Ekin dah tau adik selalu jumpa dengan abang.."

"Ye? habis tu kenapa?"

"Hehe.. adik ada plan baik punya.."

"Plan apa?" Fify memberitahu rancangannya pada Fitri.

"Eh, tak nak la buat macam tu.. nanti kalau Ekin jeles betul-betul susah la abang.." Fitri sedikit risau dengan cadangan yang diberikan oleh adik angkatnya itu.

"Ala, rilex la abang.. adik tau la apa yang adik nak buat.. abang ikut je.."

"Ye la, ok abang ikut plan adik.."

Keesokan harinya, Fitri dan Fify keluar makan bersama lagi, tetapi kali ini Asyikin juga berada di gerai makan yang sama. Sengaja Fitri buat-buat tidak nampak kelibat gadis itu, dia cuma melayan adik angkatnya seperti biasa. Sesekali, dia memerhati Asyikin dengan ekor matanya, beberapa kali gadis itu berpaling dan melihat ke arah mereka. Pulang saja ke rumah, Fitri terus masuk tidur, dia tidak perasan ada pesanan ringkas yang masuk ke telefon bimbitnya. Pagi seterusnya, baru dia membaca pesanan ringkas itu.

'Hari2 b'LaLu
tEntUnYa DiSiSimU tEmAn2 yG LeBiH
bAiK DaRi kU..

NamUn kEtAhUiLah..

aPa yG
kU aDa haNyaLah sAtU haTi
yG m'DoAkaN DiRimU gEmBiRa SeLaLu!

SLMat mLaM...'

Fitri sedikit terkejut dengan mesej yang diterima dari Asyikin itu. Dia merasakan gadis itu cemburu apabila melihat dia dan Fify makan bersama malam tadi. 'Ish, betul ke ape yang aku tengok ni? Dia jeles ke aku keluar dengan Fify semalam?' Rasa serba salah pula dia pada gadis itu. Fitri terus membalas mesej yang diterima.

'Salam, sori abg lmbt reply msg ekin,
abg da tdo mlm td..

Setiap teman yang berada disisiku
Bagaikan permata yg sgt berharga
Dan ketahuilah,
Kamu juga begitu berharga bagi diriku.'


Dia tidak mendapat apa-apa balasan semula dari Asyikin, Fitri mulai risau, dia perlu melakukan sesuatu secepat mungkin.

.................................................................................................................................

Friday, May 6, 2011

Kembara Cinta : Chapter 5

Mereka berdua berjalan menyusuri laluan pejalan kaki di Teluk Cempedak. Kali pertama Fitri keluar berduaan dengan Asyikin. Dia sedikit gugup, cuba menjadi dirinya yang biasa, tetapi masih malu dengan gadis di sisinya. Dia langsung tidak menyangka Asyikin akan menerima pelawaannya untuk keluar bersiar-siar pada malam itu. "Jom kita duduk kat sana.." Fitri mengajak Asyikin duduk di bangku yang berada di tepi pantai. Mereka berdua masih lagi diam membisu. Fitri cuba mencari idea untuk memulakan bicara.

"Macam mana kelas? ok ke?" Fitri memulakan perbualan dengan bertanya tentang kelas Asyikin.

"Ok je, cuma kelas english la macam susah skit.."

"Oo.. takpa, nanti dah biasa ok la tu.. Ekin pernah datang sini tak?"

"Em, tak pernah.. ni kali pertama datang sini.."

"Ya ka.. ingatkan dah pernah datang.. kat Kuantan, tempat ni je la kot yang best sikit.."

"Abang selalu lepak kat sini ke?"

"Selalu la jugak.. kadang-kadang datang cari ketenangan.. hehehe.."

"Kenapa? Ada masalah ke?"

"Tak la, ok je.. saja ambil angin.. tenangkan fikiran lepas kelas.."

"Oo.. mesti selalu datang sini dengan makwe kan?" Asyikin cuba megusik Fitri.

"Eh, mana ada.. Abang single lagi la.. mana ada makwe.."

"Ya ka takda.. tipulah.."

"Betul, kalau ada dah lama abang bagitau, buat apa nak sorok.. hehe.."

"Mana la tau, orang lelaki kalau ada makwe pun bukan nak mengaku.."

"Tu orang lain kot.. abang tak la.. eh, kita nak duduk kat sini ja ka? Tak nak pergi makan?"

Dia mengubah perbualan, Fitri tidak mahu bercerita tentang orang yang belum hadir dalam hidupnya, cukuplah sekadar Asyikin tahu yang dia belum mempunyai teman istimewa lagi. Sekadar 'petunjuk' yang ingin diberikan pada gadis itu untuk melihat bagaimana reaksinya. Selepas menghantar Asyikin pulang ke kolej, Fitri pulang ke rumah sambil tersenyum lebar. Kawan-kawan di rumah sempat mengusik, tapi dilayannya acuh tak acuh. Dia terus masuk ke bilik dan menulis sesuatu di dalam komputer ribanya. Jarinya menari laju di atas papan kekunci, sambil mulutnya menyanyi perlahan. Wafie yang memerhatikannya dari tadi mendekati Fitri perlahan-lahan.

"HAAA!!! buat ape tu? waa.. manisnye ayat abang kite ni... Jiwang karat.. hahaha"

"Ish ko ni, nasib baik aku takde sakit jantung, kalau tak, dah lama arwah tau..."

"Rileks la bro, balik rumah senyum-senyum, member kat bilik depan dah tak nak tegur.. takpe la orang tengah happy.. member tolak tepi je.."

"Yang ko berpantun tak siap dengan aku ni kenapa? hahaha.. itu pun nak terasa, macam la sebelum ni aku balik rumah selalu tegur ko.. sama je aku rasa.. sape yang jiwang sekarang?"


"Ye lah.. eh, esok ko ade program tak?"

"Entah, kenapa?"

"Saje tanya, mana la tau nak keluar dating lagi.. hahaha"

"Takde maknanya, esok aku nak kemas barang kat student center jap, kalu ko nak ikut bleh gak.. hahaha"

"Malas aku, aku nak tidur..."

"Tu je la keje ko, kalau nak tidur, baik duk rumah, balik sini awal semata-mata nak tidur baik tak payah balik.."

"I tolong temankan you la sayang... hahahaha..."

"Dah, ko jangan nak start drama kat sini, geli aku.."

"Ye la, ok la sayang, I masuk tidur dulu ye.. muahhh.. hehe.."

....................................................................................................................................

"Bro, bangun2!!!!" Hakim mengejutkan Fitri di biliknya.

"Awal gile ko kejut aku, ade ape ni?" Fitri masih lagi mamai ketika melihat Hakim yang tersengih di hadapannya.

"Eh, tolong aku hari ni boleh? aku nak jual no Upax kat budak junior ni.."

"Sejak bile pulak ko jadi agen Celcom ni?"

"Sejak aku takde duit nak bayar yuran, hahaha.. jom la tolong aku jap.. mandi sekarang, aku tunggu ko kat depan koperasi.."

"Ok2, kejap lagi aku sampai.."

"Orait, thanks bro.."

Fitri berjalan menuju ke koperasi, dalam hatinya berkira-kira andai dia dapat membeli satu nombor telefon baru untuk diberikan pada Asyikin. Mudah sikit untuk mereka berhubung nanti. Sampai di koperasi, Hakim memberikan beberapa helai borang kepada Fitri.

"Nanti kalau ada budak nak ambil nombor Upax ni, bagi dia isi borang, lepas tu mintak salinan IC sekali.."

"Eh? Ambil? Tak payah bayar ke nombor Upax ni?"

"Mana ada, free la, suruh budak-budak tu isi borang je.."

"Dah tu macam mana ko dapat untung?"

"Ade la, nanti aku dapat komisyen aku bagi la kat ko sikit, jangan risau la bab tu.. hehe"

'Boleh dah ni nak bagitau kat Ekin, nombor free je..' Bisik hatinya. Fitri terus menghantar sekeping mesej kepada Asyikin.

'Salam, ekin ada kat mana tu? ada kelas ke? abg ada kat komasra ni, tgh tlg abg akim jual no Upax.. kalu ekin nak no free dtg la sni.. bwk salinan IC skali.. nnt abg bg borg..'

Dia tidak mendapat apa-apa balasan dari gadis itu, mungkin Asyikin sedang berada di dalam kelas. Fitri terus menunggu di situ sambil membantu Hakim. Beberapa ketika kemudian dilihatnya kelibat Asyikin berdekatan dengannya. Dia cuba memanggil Asyikin, tetapi gadis itu tidak mahu datang ke tempatnya, mungkin malu agaknya. Hakim memanggil Fitri untuk membantunya, terpaksa dia melupakan Asyikin seketika. Beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya berbunyi.

'Salam abg, abg sori le klu ekn xtgur abg kew, mcm sombong ckit ke gan abg td. bkn xnk tgur tp sgan la mber abg kan sellu ja rmai gan abg. kdg2 2 ada jgk mber abg ske perli ekn. 2 yg sgan 2...abg xksah kan klu ekn wat sombong?he2' Dia sudah menjangkakan perkara itu, gadis itu malu untuk bersua dengannya di hadapan kawan-kawannya. Fitri membalas mesej Asyikin.

'Eh, xkisah la, xpe, abg phm.. ekin nak x no ni? kalu nak abg tlg simpankan satu utk ekin, nnt bg je salinan IC kat abg, yg lain abg tlg uruskan..'

' Nk 2 nk, tp sgan nk g stu.. smuanya laki blaka.'

'Ok xpe, nnt abg simpankan satu no utk ekin.. bwk salinan IC kat abg, nnt abg uruskan yg lain k..'

'Ok..'

Selepas makan tengah hari, Fitri memberikan nombor tersebut pada Asyikin.

"Kejap lagi abang tolong daftarkan nombor ni, malam ni atau esok boleh la Ekin aktifkan nombor ni k.."

"Ok, terima kasih.."

"Sama-sama..."

...............................................................................................................................

Minggu orientasi pelajar KPTM ambilan kedua akan berakhir esok, semasa Fitri sedang menguruskan raptai untuk majlis penutup, dia dipanggil oleh En. Soleh bersama beberapa fasilitator yang lain.

"Ok, saya panggil you all semua ni sebab saya ada dapat kontrak fasi dekat luar, di Kem Desa Cempaka, Pantai Sepat. So, saya dah perhatikan selama tiga kali orientasi kita buat, saya nampak you all boleh saya ambil dan bawak ke sana.."

"Bila tu encik?" Izzat bertanya.

"Petang esok, selepas majlis penutup selesai kita akan bertolak.. Fitri, nanti awak bawak kereta awak sekali boleh?"

"Boleh, takde hal.. sape yang nak tumpang sekali boleh la ikut nanti.."

"Ok, so malam ni boleh la kemas barang, kita akan berkampung tiga hari di sana.. jumpa petang esok.."

Keesokan harinya dia masih lagi sibuk menguruskan majlis penutup minggu orientasi. Letih melayan kerenah pelajar baru, Fitri keluar dari dewan untuk megambil angin segar seketika. Dia ternampak beberapa orang pelajar junior ambilan pertam sedang duduk di bawah pokok berdekatan. Mereka memanggil Fitri dari jauh.

"Abang, sini kejap.."

"Ha, ada ape?" Fitri bertanya sambil berjalan menuju ke arah mereka.

"Takde ape pun, saje je panggil.. hehe.. diorang ni bila habis orientasi?" Fify bertanya.

"Petang ni habis la, lepas tu abang nak kena pergi Pantai Sepat pulak, ada kem kepimpinan kat sana, kena jadi fasi kat sana pulak.."

"Ye ke.. tak rehat lagi la ni.."

"Eh, puas dah rehat, bukan buat ape sangat pun.. hehe.."

"Abang, ade perasan tak Amir dengan Abang Halim.. lain macam je Fify tengok.."

"Eh, tu kan adik angkat Abang Halim.. huhuhu"

"Ye ke.. Abang tak nak buat sape-sape jadi adik angkat ke?"

"Kenapa? Nak ke? hahaha.."

"Kalu saya jadi adik angkat abang boleh?" Fify seperti serius dengan solan itu.

"Boleh je, tak kisah pun.." Fitri pula menjawab acuh tak acuh.

"Ok, abang.. so, panggil saya adik ye lepas ni.. hehehe.. Abang tak contact Ekin ke?"

"Ok adik.. ade je.. selalu jugak sembang dengan die.."

"Oo.. abang suka dekat Ekin eh? hahaha"

"Ish, ke situ pulak die.."

"Takde la, kalu suka bagitau la, mane tau adik boleh tolong.. hehehe.."

"Hahaha.. ye la tu.. nanti abang bagitau.. ok la, abang nak kena masuk dewan balik ni.. kalau ada apa-apa mesej abang k.. bye.."

"Ok abang, bye.."

Fitri berjalan menuju ke dewan, pucuk dicita, ulam mendatang. Dia merasakan makin senang untuknya mengenali lebih dekat dengan Asyikin apabila Fify ingin membantunya. 'Peluang sudah ada, moga dipermudahkan urusanku..' dia tersenyum sendiri lagi.

.....................................................................................................................................