Friday, February 22, 2013
Awak...
Awak,
Salam sejahtera saya ucapkan,
Sebagai permulaan bicara saya,
Moga awak tenang dan bahagia,
Disamping keluarga tercinta...
Awak,
Saya titipkan sebuah kata,
Dalam rasa yang berbunga-bunga,
Ada cinta,
Ada rindu,
Ada kasih,
Ada sayang,
Ada keinginan dan hasrat,
Untuk memiliki awak selagi mampu saya...
Awak,
Dalam diam saya memohon padaNYA,
Agar awak sentiasa dirahmati dan diberkati,
Kerana saya mahu awak merasai,
Setiap langkah hidup ini penuh dengan keindahan...
Awak,
Adakalanya dalam hidup ini,
Ada bahagia, ada suram, ada suka, ada duka,
Namun percayalah awak,
Tiap yang kita rasai itu,
Hanya sebentar cuma,
Akan tibanya cahaya pelangi,
Yang menggantikan awan mendung yang meliputi...
Awak,
Sesaat saya bernafas tika ini,
Nama awak yang terlintas di hati,
Saya kirimkan warkah puisi untuk awak,
Tanda rindu, kasih dan sayang,
Dari hati yang menyayangi awak...
Awak,
Sampai waktu kita bertemu,
Saya mahu awak tahu,
Saya simpan rindu saya untuk awak,
Dan saya tidak akan segan silu,
Untuk lafazkan apa yang saya rasa tika itu...
Awak,
Awaklah cinta hati saya..
Terima kasih ya,
Kerana ada di sisi saya...
Love,
Anje...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment