Saturday, March 2, 2013
Kembara Cinta
Jejak-jejak langkahku,
Bagaikan lembaran waktu,
Apakah ku masih bisa terus melangkah,
Kan ku bangun,
Di atas satu cinta,
Subhanallah aku mencintainya,
Subhanallah aku menyayanginya,
Dari ufuk timur hingga ke barat,
Selalu dihatiku,
Mesra senyumannya,
Dalam renungannya,
Seakan ingin berbicara padaku,
Kami ketawa,
Kami menangis,
Kami merindui,
Kan ku terus memberi,
Kan ku terus menyayangi,
Kan ku terus mencintai,
Setiap rindu dan air mata yang mengalir,
Moga hendaknya kerana kasih kami keranaMU,
Andai rindu ini mengulit resah,
KepadaMU ku pasrah,
Andai kasih ini membawa sinar,
KepadaMU ku sandarkan harapan,
Kembara cinta ini mengajar kami erti pengorbanan,
Kembara cinta ini mengajar kami erti perkongsian,
Kembara cinta ini mengajar kami erti kasih dan sayang,
Kerana akhir kembara cinta ini,
Kami mengharap redhaMU...
Sampaikanlah padanya YA RAHMAN,
Bahawa aku menyayanginya keranaMU,
Untuk terus bersama hingga ke syurgaMU,
Aku sedar akan khilafku,
Aku sedar akan segalanya,
Tidak ada sehari pun yang aku tidak pernah menyesalinya,
PadaMU ku bermohon,
Agar ku dapat membawa semula,
Kembara cinta ini ke jalanMU,
Mencari keredhaanMU...
YA ALLAH,
Berikan kami kesempatan waktu untuk bersama,
Berikan kami tautan hati yang terus utuh,
Berkan kami kefahaman untuk berlapang dada,
Dan saling menerima,
Saling menyokong saat hampir rebah,
Walau tak terlihat secara zahirnya,
Ku dan kamu tetap bersama,
Dan ku sentiasa mengharap,
Agar kasihNYA sentiasa bersama kita...
Love,
Anje...
p/s: puisi 'Kembara Cinta' ini mula ditulis pada 20/10/2009... lebih kurang lima hari selepas tarikh 15/10/2009...
dan akhirnya berjaya dilengkapkan pada 27/11/2010... Apa yang ditulis di web ini, ada sedikit 'editing'...
Puisi yang asal akan diberikan dan dibacakan pada Chenta satu hari nanti... Jujur Anje sayangkan Chenta...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment