Friday, May 6, 2011

Kembara Cinta : Chapter 5

Mereka berdua berjalan menyusuri laluan pejalan kaki di Teluk Cempedak. Kali pertama Fitri keluar berduaan dengan Asyikin. Dia sedikit gugup, cuba menjadi dirinya yang biasa, tetapi masih malu dengan gadis di sisinya. Dia langsung tidak menyangka Asyikin akan menerima pelawaannya untuk keluar bersiar-siar pada malam itu. "Jom kita duduk kat sana.." Fitri mengajak Asyikin duduk di bangku yang berada di tepi pantai. Mereka berdua masih lagi diam membisu. Fitri cuba mencari idea untuk memulakan bicara.

"Macam mana kelas? ok ke?" Fitri memulakan perbualan dengan bertanya tentang kelas Asyikin.

"Ok je, cuma kelas english la macam susah skit.."

"Oo.. takpa, nanti dah biasa ok la tu.. Ekin pernah datang sini tak?"

"Em, tak pernah.. ni kali pertama datang sini.."

"Ya ka.. ingatkan dah pernah datang.. kat Kuantan, tempat ni je la kot yang best sikit.."

"Abang selalu lepak kat sini ke?"

"Selalu la jugak.. kadang-kadang datang cari ketenangan.. hehehe.."

"Kenapa? Ada masalah ke?"

"Tak la, ok je.. saja ambil angin.. tenangkan fikiran lepas kelas.."

"Oo.. mesti selalu datang sini dengan makwe kan?" Asyikin cuba megusik Fitri.

"Eh, mana ada.. Abang single lagi la.. mana ada makwe.."

"Ya ka takda.. tipulah.."

"Betul, kalau ada dah lama abang bagitau, buat apa nak sorok.. hehe.."

"Mana la tau, orang lelaki kalau ada makwe pun bukan nak mengaku.."

"Tu orang lain kot.. abang tak la.. eh, kita nak duduk kat sini ja ka? Tak nak pergi makan?"

Dia mengubah perbualan, Fitri tidak mahu bercerita tentang orang yang belum hadir dalam hidupnya, cukuplah sekadar Asyikin tahu yang dia belum mempunyai teman istimewa lagi. Sekadar 'petunjuk' yang ingin diberikan pada gadis itu untuk melihat bagaimana reaksinya. Selepas menghantar Asyikin pulang ke kolej, Fitri pulang ke rumah sambil tersenyum lebar. Kawan-kawan di rumah sempat mengusik, tapi dilayannya acuh tak acuh. Dia terus masuk ke bilik dan menulis sesuatu di dalam komputer ribanya. Jarinya menari laju di atas papan kekunci, sambil mulutnya menyanyi perlahan. Wafie yang memerhatikannya dari tadi mendekati Fitri perlahan-lahan.

"HAAA!!! buat ape tu? waa.. manisnye ayat abang kite ni... Jiwang karat.. hahaha"

"Ish ko ni, nasib baik aku takde sakit jantung, kalau tak, dah lama arwah tau..."

"Rileks la bro, balik rumah senyum-senyum, member kat bilik depan dah tak nak tegur.. takpe la orang tengah happy.. member tolak tepi je.."

"Yang ko berpantun tak siap dengan aku ni kenapa? hahaha.. itu pun nak terasa, macam la sebelum ni aku balik rumah selalu tegur ko.. sama je aku rasa.. sape yang jiwang sekarang?"


"Ye lah.. eh, esok ko ade program tak?"

"Entah, kenapa?"

"Saje tanya, mana la tau nak keluar dating lagi.. hahaha"

"Takde maknanya, esok aku nak kemas barang kat student center jap, kalu ko nak ikut bleh gak.. hahaha"

"Malas aku, aku nak tidur..."

"Tu je la keje ko, kalau nak tidur, baik duk rumah, balik sini awal semata-mata nak tidur baik tak payah balik.."

"I tolong temankan you la sayang... hahahaha..."

"Dah, ko jangan nak start drama kat sini, geli aku.."

"Ye la, ok la sayang, I masuk tidur dulu ye.. muahhh.. hehe.."

....................................................................................................................................

"Bro, bangun2!!!!" Hakim mengejutkan Fitri di biliknya.

"Awal gile ko kejut aku, ade ape ni?" Fitri masih lagi mamai ketika melihat Hakim yang tersengih di hadapannya.

"Eh, tolong aku hari ni boleh? aku nak jual no Upax kat budak junior ni.."

"Sejak bile pulak ko jadi agen Celcom ni?"

"Sejak aku takde duit nak bayar yuran, hahaha.. jom la tolong aku jap.. mandi sekarang, aku tunggu ko kat depan koperasi.."

"Ok2, kejap lagi aku sampai.."

"Orait, thanks bro.."

Fitri berjalan menuju ke koperasi, dalam hatinya berkira-kira andai dia dapat membeli satu nombor telefon baru untuk diberikan pada Asyikin. Mudah sikit untuk mereka berhubung nanti. Sampai di koperasi, Hakim memberikan beberapa helai borang kepada Fitri.

"Nanti kalau ada budak nak ambil nombor Upax ni, bagi dia isi borang, lepas tu mintak salinan IC sekali.."

"Eh? Ambil? Tak payah bayar ke nombor Upax ni?"

"Mana ada, free la, suruh budak-budak tu isi borang je.."

"Dah tu macam mana ko dapat untung?"

"Ade la, nanti aku dapat komisyen aku bagi la kat ko sikit, jangan risau la bab tu.. hehe"

'Boleh dah ni nak bagitau kat Ekin, nombor free je..' Bisik hatinya. Fitri terus menghantar sekeping mesej kepada Asyikin.

'Salam, ekin ada kat mana tu? ada kelas ke? abg ada kat komasra ni, tgh tlg abg akim jual no Upax.. kalu ekin nak no free dtg la sni.. bwk salinan IC skali.. nnt abg bg borg..'

Dia tidak mendapat apa-apa balasan dari gadis itu, mungkin Asyikin sedang berada di dalam kelas. Fitri terus menunggu di situ sambil membantu Hakim. Beberapa ketika kemudian dilihatnya kelibat Asyikin berdekatan dengannya. Dia cuba memanggil Asyikin, tetapi gadis itu tidak mahu datang ke tempatnya, mungkin malu agaknya. Hakim memanggil Fitri untuk membantunya, terpaksa dia melupakan Asyikin seketika. Beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya berbunyi.

'Salam abg, abg sori le klu ekn xtgur abg kew, mcm sombong ckit ke gan abg td. bkn xnk tgur tp sgan la mber abg kan sellu ja rmai gan abg. kdg2 2 ada jgk mber abg ske perli ekn. 2 yg sgan 2...abg xksah kan klu ekn wat sombong?he2' Dia sudah menjangkakan perkara itu, gadis itu malu untuk bersua dengannya di hadapan kawan-kawannya. Fitri membalas mesej Asyikin.

'Eh, xkisah la, xpe, abg phm.. ekin nak x no ni? kalu nak abg tlg simpankan satu utk ekin, nnt bg je salinan IC kat abg, yg lain abg tlg uruskan..'

' Nk 2 nk, tp sgan nk g stu.. smuanya laki blaka.'

'Ok xpe, nnt abg simpankan satu no utk ekin.. bwk salinan IC kat abg, nnt abg uruskan yg lain k..'

'Ok..'

Selepas makan tengah hari, Fitri memberikan nombor tersebut pada Asyikin.

"Kejap lagi abang tolong daftarkan nombor ni, malam ni atau esok boleh la Ekin aktifkan nombor ni k.."

"Ok, terima kasih.."

"Sama-sama..."

...............................................................................................................................

Minggu orientasi pelajar KPTM ambilan kedua akan berakhir esok, semasa Fitri sedang menguruskan raptai untuk majlis penutup, dia dipanggil oleh En. Soleh bersama beberapa fasilitator yang lain.

"Ok, saya panggil you all semua ni sebab saya ada dapat kontrak fasi dekat luar, di Kem Desa Cempaka, Pantai Sepat. So, saya dah perhatikan selama tiga kali orientasi kita buat, saya nampak you all boleh saya ambil dan bawak ke sana.."

"Bila tu encik?" Izzat bertanya.

"Petang esok, selepas majlis penutup selesai kita akan bertolak.. Fitri, nanti awak bawak kereta awak sekali boleh?"

"Boleh, takde hal.. sape yang nak tumpang sekali boleh la ikut nanti.."

"Ok, so malam ni boleh la kemas barang, kita akan berkampung tiga hari di sana.. jumpa petang esok.."

Keesokan harinya dia masih lagi sibuk menguruskan majlis penutup minggu orientasi. Letih melayan kerenah pelajar baru, Fitri keluar dari dewan untuk megambil angin segar seketika. Dia ternampak beberapa orang pelajar junior ambilan pertam sedang duduk di bawah pokok berdekatan. Mereka memanggil Fitri dari jauh.

"Abang, sini kejap.."

"Ha, ada ape?" Fitri bertanya sambil berjalan menuju ke arah mereka.

"Takde ape pun, saje je panggil.. hehe.. diorang ni bila habis orientasi?" Fify bertanya.

"Petang ni habis la, lepas tu abang nak kena pergi Pantai Sepat pulak, ada kem kepimpinan kat sana, kena jadi fasi kat sana pulak.."

"Ye ke.. tak rehat lagi la ni.."

"Eh, puas dah rehat, bukan buat ape sangat pun.. hehe.."

"Abang, ade perasan tak Amir dengan Abang Halim.. lain macam je Fify tengok.."

"Eh, tu kan adik angkat Abang Halim.. huhuhu"

"Ye ke.. Abang tak nak buat sape-sape jadi adik angkat ke?"

"Kenapa? Nak ke? hahaha.."

"Kalu saya jadi adik angkat abang boleh?" Fify seperti serius dengan solan itu.

"Boleh je, tak kisah pun.." Fitri pula menjawab acuh tak acuh.

"Ok, abang.. so, panggil saya adik ye lepas ni.. hehehe.. Abang tak contact Ekin ke?"

"Ok adik.. ade je.. selalu jugak sembang dengan die.."

"Oo.. abang suka dekat Ekin eh? hahaha"

"Ish, ke situ pulak die.."

"Takde la, kalu suka bagitau la, mane tau adik boleh tolong.. hehehe.."

"Hahaha.. ye la tu.. nanti abang bagitau.. ok la, abang nak kena masuk dewan balik ni.. kalau ada apa-apa mesej abang k.. bye.."

"Ok abang, bye.."

Fitri berjalan menuju ke dewan, pucuk dicita, ulam mendatang. Dia merasakan makin senang untuknya mengenali lebih dekat dengan Asyikin apabila Fify ingin membantunya. 'Peluang sudah ada, moga dipermudahkan urusanku..' dia tersenyum sendiri lagi.

.....................................................................................................................................

Thursday, April 28, 2011

Kembara Cinta : Chapter 4

"Hari ni mak nak pi mana-mana tak?" Fitri bertanya pada ibunya selepas sarapan. Soalan itu boleh dikatakan setiap hari akan diajukan pada ibunya. Dia tidak biasa duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa akitiviti tetapi dia perlu pastikan ibunya tidak akan ke mana-mana sebelum dia mengambil keputusan untuk keluar menghabiskan masanya sendiri.

"Satgi kita pi Pekan Rabu jap, mak dengan tok nak pi beli barang sikit. Lepas tu kita singgah rumah Mak Tih kat Kuala Kedah." Ibunya menjawab.

"Ok, orang lap kereta jap, mak siap la dulu."

Sehari suntuk dia keluar bersama ibu dan neneknya. Pulang saja ke rumah, senja mula berlabuh. Malam itu, Fitri hanya duduk berehat saja di rumah. Dia juga memang jarang keluar pada waktu malam. Kawasan kampungnya juga tidak ada apa yang menarik pada waktu ini. Dia membaringkan badannya di atas sofa. Matanya tertumpu pada laporan berita di kaca tv.

"Abang, mak tanya nak makan apa malam ni?" Farah, adiknya yang ketiga bertanya.

"Buat ja la apa pun, nasik goreng ka, masak maggi ka, abang telan ja.. hehe.."

"Mak cakap kalau nak makan, pi masak.. hahaha.."

"Eh, abang pulak? Dah tu hang duk kt sini buat apa? Tu kerja orang perempuan, orang laki makan ja.."

"Ala, pi la masak kejap, kalau nak makan nasik goreng masin takpa la orang pi masak.."

"Tak payah, tunggu lepas berita satgi abang masak.." Fitri terpaksa mengalah juga, entah bila adiknya boleh memasak makanan sendiri. Mahu diajar, adiknya pula memberi banyak alasan, akhirnya dia juga yang akan berada di dapur. Tamat saja slot berita, Fitri bangun untuk ke dapur, sengaja dilambatkan langkahnya, terasa malas pula dia hendak memasak malam itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, Fitri terus mencapainya di dalam poket seluar. Terpapar nama Asyikin di skrin telefon.

Sudah beberapa hari dia tidak menghubungi gadis itu, kalau berhubung selalu pun dia takut Asyikin akan fikir yang bukan-bukan pula padanya. Baginya, jika suka sekalipun, biarlah dia pendamkan dahulu sekarang, belum tiba masanya untuk orang lain tahu. Fitri membuka mesej yang dihantar oleh Asyikin.

'Kwn dgr lh cerita,
ksh ttg kau dn ak,
kta bgi2 gmbra, lalui hr y bhgia..
kau buat ku tsnym, tiada duka mnylbngi ku,
kau bgku hrpn, tuk trskn pjuangan..
ku gpi impian dn cta, bsama dgn doamu,
kau ukir snymn msra,htiku indah ceria..
kni kau prgi, prgi jauh dariku,
mbuatku mrindu drimu selalu.'


Degup jantungnya bertambah laju saat dia selesai membaca mesej tersebut, bait-bait kata yang ditulis benar-benar menarik perhatiannya. 'Pandai jugak dia ni bermadah.. huhu..' bisik hatinya.

'Salam, rajinnya ekin wat puisi.. hehe.. nice..' Fitri membalas.

'Sja ja.. sdap x ayat 2.. owg yg wat khas tuk abg fit kte la.. hehe.. sory la ggu jew'

'Bleh tahan, menarik jugak puisi tu.. eh, x ggu la.. abg x wat apa pun.. duk lpak2 ja kat umah ni..'

'Pndainya abg amek ati owg nu.. pdhal kat sna tgah ktuk msg owg td 2 kn... oo tgah lpak, owg pun tgah mkn ni..'

'Btul, ikhlas abg puji ni.. hehe.. Owh, mkn kt kdai blkg kolej ke? cuti2 ni xwat pape ke? '

'Yela 2. x ar tgah mkn kat kdai kat dpn ni.. xwat pe pun.. cuti2 dok dlm blik jew. nk blik pun jauh la abg..' Timbul pula rasa kasihan pada gadis itu. Berjauhan dari keluarga, pastinya dia merasa sunyi di sana.

"Abang!!!! mak suruh masak nasik goreng!!" Farah memanggil Fitri dari dapur.

"Sabaq la sat, satgi abang masak la.. ish, tak boleh tengok orang senang sikit.." Fitri berjalan menuju ke dapur. Dia meminta Farah menyiapkan segala bahan-bahan yang akan digunakan. Kuali dipanaskan, minyak dituang, sesekali jarinya ligat menekan punat telefon bimbit membalas mesej dari Asyikin.

"Hai, mesej sapa la tu smpai senyum sorang-sorang" Farah menegur.

"Mesej member la, tak payah nak sibuk hal orang.."

"Ye la tu member, ke Cik Ekin? hahaha..."

"Pandai-pandai je, kat mana la ko kenal orang tu.."

"Tak payah nak tipu la, orang dah tengok handset dia masa dia tidoq hari tu.."

"Oo.. tengok mesej orang ye.."

"Dah tu, sapa suruh letak handset merata.. hahaha.. takpa la, abangku sedang bahagia, adikmu tumpang gembira.. hahaha.." Farah mengusik Fitri yang kelihatan sedikit malu.

"Dah, nasik goreng dah siap, pi hidang cepat, nanti sejuk pulak.." Fitri cuba menukar topik perbualan. Farah hanya menurut, dia menghidangkan nasi goreng di atas meja makan. Fitri pula menyambung semula perbualan dengan Asyikin. Hampir jam 12 malam, barulah mereka berhenti mesej. Dia memang menunggu Asyikin menghubunginya, kalau dia saja yang mulakan dulu takut dikatakan terhegeh-hegeh pula. Cuti yang ada masih berbaki tiga minggu lagi, tidak sabar pula rasanya hendak pulang ke Kuantan.

....................................................................................................................................

Sudah dua minggu cuti semester berlalu, Fitri seperti biasa menghabiskan masa cutinya dengan bersiar-siar di sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Ada masanya dia akan pergi ke Perak untuk melawat nenek angkatnya yang pernah menjaganya ketika dia masih kecil dahulu. Walaupun tiada pertalian darah antara mereka, Fitri menganggap nenek angkatnya itu seperti nenek kandungnya sendiri. Sehingga sekarang dia masih lagi suka bermanja dengan nenek angkatnya itu.

Hampir seminggu juga dia tidak mendapat khabar berita daripada Asyikin. Tempoh seminggu yang dirasakan agak lama kali ini. Seringkali dia merasakan seperti ini, tetapi hanya ketika berjauhan dengan keluarganya, tetapi kenapa kali ini dia merasainya pada Asyikin? Hatinya tertanya tanpa ada jawapan yang pasti. 'Aku rindu kat dia ke?' Bisik hatinya.

Setelah beberapa hari memendam perasaan, Fitri mengambil keputusan untuk menghubungi Asyikin. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Asyikin.

"Hello, Assalamualaikum..." Fitri memulakan perbualan.

"Wa'alaikummussalam..."

"Err.. Ekin tengah buat apa tu? Abang ganggu tak ni?"

"Em, tengah buat assignment dengan member.."

"Oh, ye ke.. kalau gitu takpe la, nanti la kite sembang"

"Aaa... ok.."

"Bye, Assalamualaikum.."

"Bye, Wa'alaikummussalam.."

Perbualan terhenti. 'Aduh, tu la, nak call sangat, dia kat sana tengah study, mana boleh kacau selalu..' serba salah pula rasanya kerana mengganggu sebentar tadi. Mungkin tidak ada rezeki untuk mereka berbual malam ini. Lebih kurang setengah jam kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Fitri cepat-cepat membukanya.

'Gudnite.' Ringkas sahaja mesej yang diterima.

'Nak call ke tak nak, dia dah hantar mesej gudnite ni, mesti nak tidur dah. Macam mana ni? Call je la...' Fitri terus mendail semula nombor telefon Asyikin. Malam itu mereka berbual juga, tetapi tidak lama kerana Asyikin ada kuliah pada keesokan hari. Tetapi masa yang singkat itu cukup untuk membuatkan hatinya merasa lega. Dia masih ragu-ragu sama ada dia memang suka pada Asyikin. Yang pastinya sekarang, dia sudah mula rasa rindu pada gadis itu.

.................................................................................................................................


Hari ini, Fitri akan pulang semula ke Kuantan, dia akan membantu rakan-rakan MPP di sana untuk mengendalikan minggu orientasi untuk pelajar usahasama UiTM pula. Selepas makan tengah hari, dia bertolak menuju ke Kuantan, dalam perjalanan dia masih teringat mesej yang diterima dari Imran beberapa hari lalu.

'Bro,budak UiTM punya intake dah nak dekat.. ko x join ke orientasi diorg?' Baru dia teringat, seminggu sebelum dia pulang untuk mendaftar, pelajar baru yang mengambil program usahasama UiTM pula yang akan mendaftar, tapi dia belum mendapat apa-apa mesej daripada pihak pengurusan.

'Kitorg bleh join ke? xde sape antar msg kat aku pun.. segan la plak aku nak g..'

'Ala, jom la, kalu diorg tanye, ckp je ko dtg tlg aku, nnt bleh kite lpak2 skali, ko pn bkn ade wat pape kat umah 2..'


' Tengok la cmne nnt, aku xbrani nk jamin la.. hehe..' Fitri masih ragu-ragu dengan ajakan Imran.

'Dtg je, aku tggu ko kat umah sewa aku k.. 3 ari lg diorg daftar, pandai2 la ko bile nak balik..' Imran berkeras.

'Orait2, nnt aku roger ko balik..'

'Ok, bereh..'


Gembira hatinya bukan kepalang, memang dia mencari cara untuk pulang ke Kuantan lebih awal, bukan kerana tidak suka berada di rumah, tetapi sesi persekolahan telah lama bermula, kedua ibu bapanya bekerja, adik-adiknya pula bersekolah. Tinggal dia berseorangan di rumah, menyebabkan dia menjadi bosan. Terus dia menghubungi Asyikin malam itu, sengaja mahu melihat reaksi gadis itu bila dia mengatakan yang dia akan pulang lebih awal.

Dia juga ada menghubungi Suten, rakan sekumpulan Asyikin semasa minggu orientasi sebelum dia bertolak pulang.

"Bro, aku dah nak balik Kuantan ni.."

"Bile bro? patut la hari tu aku tengok Ekin bukan main happy lagi.. hahaha.."

"Kejap lagi.. lepas lunch aku gerak la.. eh? bile kau jumpe dia? dia cakap apa?"

"Hahaha.. hari tu kitorang ada makan skali, dia cakap kat aku kau dah nak balik.. bukan main suka lagi.. hahaha.."

"Haha.. takde ape la.. saje je tu.. ok la bro, jumpa kat sana nanti, chow.."

"Orait2.."

Kereta Perodua Kancil miliknya menyusuri laju jalan yang agak lengang hari itu, dia tidak sabar mahu tiba di Kuantan, sambil memikirkan bilakah waktu yang sesuai untuk bertemu dengan Asyikin. Teringin benar dia untuk bersua muka dengan gadis itu.

..............................................................................................................................

Monday, April 18, 2011

Kembara Cinta : Chapter 3

Sudah tiga hari minggu orientasi berakhir, tetapi Fitri masih belum pulang ke rumah. Hatinya begitu berat sekali mahu meninggalkan kolej. Dia kalau boleh mahu tinggal saja di Kuantan sehingga tiba minggu pendaftaran pelajar senior nanti tetapi di mana dia mahu menetap. Asrama yang didiami sekarang akan dikunci semula. Sambil menunggu masa untuk pulang, sempat juga dia keluar makan dengan Asyikin beberapa kali. 'Sambil menyelam, minum air', alang-alang sudah ada peluang, apa salahnya dia ambil peluang itu. Teringat pula peristiwa di student center tempoh hari, ketika dia berada dengan Hakim.

"Kita nak buat apa duk kat sini?" Fitri bertanya pada Hakim.

"Ade la, hehehe. Kau tunggu la kejap, aku ade hal kejap je.."

"Ok.." Fitri memerhatikan keadaan sekeliling. Tiba-tiba dia ternampak Asyikin sedang berjalan bersama seorang rakannya di bahagian blok pentadbiran. Dia mengajak Asyikin duduk bersamanya.

"Dari mana?" Fitri memulakan perbualan.

"Tak pi mana pun, saja jalan-jalan.."

"Oh, macam mana life kat sini? Ok tak?"

"Ok la.."

"Eh, malam ni jom makan sama nak?"

"Malam ni? Nak makan kat mana?"

"Dekat-dekat sini ja, kita pi makan kat kedai depan tu ka.. nak tak?"

"Emm.." Asyikin kelihatan serba salah.

"Takpa la, Ekin ambik nombor telefon abang dulu, nanti apa-apa hal mesej k.."

Asyikin pada awalnya kelihatan agak berat untuk mengambil nombor telefon dari Fitri.

"Ambik je la, nanti apa-apa hal senang, boleh contact Abang Fitri nanti..." Hakim mencelah.

"Cuba buat miss call kat abang sekali.." Sengaja Fitri menyuruh Asyikin buat begitu, niat sebenarnya hanyalah mahu mendapatkan nombor telefon Asyikin, tetapi dia menukar sedikit taktik yang selalu digunakan.

Akhirnya selepas lima hari berada di kolej, Fitri mengambil keputusan untuk pulang. Sebelum bertolak ke Melaka, dia menghantar Wafie ke terminal dahulu. Sahabatnya itu akan pulang ke Johor pada hari yang sama. Selepas menghantar Wafie pulang, Fitri berjalan menuju ke kereta, dia cuba menghantar sekeping mesej kepada Asyikin.

'Salam, abg dah nak bertolak balik ni. Jaga diri k.. kalau perlukan apa2, jangan segan nak msg k..'

Beberapa minit kemudian telefonnya berbunyi, ada mesej baru yang masuk. Dia cepat-cepat membukanya.

'Wmussalam.. k hati2 erk..." Ringkas sahaja mesej itu, Fitri tersenyum apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Rasa gembira apabila Asyikin membalas mesejnya.

.......................................................................................................................

Perjalanan ke Melaka kali ini agak memenatkan, mungkin juga kerana dia tidak cukup tidur. Semasa di Kuantan, kerap benar dia tidur lewat, bukan keluar ke mana-mana pun, cuma duduk berborak dengan rakan-rakannya sehingga lewat malam. Bila sudah bosan, barulah mereka semua masuk tidur. Perjalanan yang selalunya mengambil masa 5 jam menjadi hampir 8 jam kerana dia terpaksa berhenti beberapa kali akibat mengantuk. Akhirnya Fitri tiba juga dirumahnya.

"Lambatnya sampai, kata bertolak pukul 11 tadi.." Ibunya kelihatan sedikit risau.

"Orang berhenti rehat banyak kali tadi.. mengantuk la mak..."

"Banyak sangat ka kerja kat sana? Nampak macam tak cukup rehat ja?"

"Tak la, bersembang ja lebih.. hehehe..."

"Lain kali dah tau nak jalan jauh tu tidoq la awal sikit... hemmm"

Fitri terus naik ke biliknya, badannya masih lagi penat. Dia mahu berehat sebentar, selepas mandi dan solat Maghrib, Fitri tertidur hingga keesokan pagi. Pagi itu, dia keluar berjoging bersama sekumpulan tentera yang membuat latihan pagi di kawasan rumahnya. Itulah antara rutin yang sering dilakukan apabila berada di rumah. Pulang sahaja ke rumah, ibunya menanti di ruang tamu.

"Abah suruh kita balik kampung esok.. macam mana?" Ibunya meminta pendapat.

"Esok? Ikut mak la.. orang nak tengok bola malam ni.. hehehe.. mesti bangun lambat esok.."

"Takpa la, nanti mak bawa la dulu.. Sampai kat KL nanti kita tukaq.."

"Ok lah, esok pagi mak kejut eh.. orang lepas subuh esok nak sambung tidoq balik.. hehehe.."

"Ya la, macam mana minggu orientasi hari tu?"

"Ok, semuanya best, cuma kesian sikit la kat budak-budak junior tu.. kena duduk kat sana sebulan baru budak senior daftar balik.."

"Dah nama pun belajaq, ok la duk kat sana sebulan takda orang nak kacau, kenapa nak kesian pulak?"

"Takdak apa la.. hehehe.. ok la, orang nak mandi ni.."

"Jangan lupa kemas barang sekali, basuh terus baju-baju yang nak bawak balik esok..

"Ye.. lepas mandi nanti orang buat.."

Malas pula rasanya mahu pulang ke kampung tapi Fitri tahu dia tidak boleh membantah cakap ayahnya, apa yang ayahnya beritahu, itulah yang dia perlu buat, jarang ada kompromi. Terpaksa jugalah dia pulang ke kampung pada hari esok. Nasib baik ibunya boleh memandu dahulu, tidaklah dia penat sangat nanti. Nampaknya dia akan menghabiskan cuti kali ini di kampung, Fitri terpaksa membatalkan niatnya mahu mencari kerja sambilan pada kali ini.

Mereka bertolak pada awal pagi keesokan hari, ibunya tidak suka sampai di kampung terlalu lewat. Fitri pula terus terlena beberapa minit selepas bertolak, dia masih lagi mengantuk akibat tidak cukup tidur selepas menonton perlawanan bola pada malam semalam. Dia hanya tersedar apabila ibunya berhenti di kawasan rehat lebuhraya.

"Sampai mana dah ni?" Fitri masih lagi terkebil-kebil cuba mencari papan tanda untuk mengetahui di mana lokasinya pada ketika itu.

"Dah sampai Rawang dah pun, tu la, tidoq lewat lagi.. kata nak tukaq dekat KL tadi.. hemm"

"Ok, satgi biaq orang bawak pulak.."

Hampir setengah jam mereka berehat di sana, Fitri mengambil alih tugas memandu kereta. Dia memandu agak laju sehingga ibunya terpaksa memberi peringatan beberapa kali. Mereka tiba di Kedah petang itu, Fitri terus masuk ke dalam rumah selepas turun dari kereta, dia meluru mendapatkan neneknya yang sedang memasak di dapur. Dia memeluk neneknya, mahu melepaskan rindu kerana sudah lama tidak pulang ke kampung.

"Apa khabaq cucu tok ni?" Neneknya bertanya sambil mencium pipinya.

"Sihat ja, tok wan mana?"

"Ada kat belakang tu, duk kemas stor.. Bila nak bawak 'cucu' tok yang sorang lagi?" Fitri kurang mengerti dengan soalan yang diajukan oleh neneknya.

"Sapa dia cucu tok sorang lagi?"

"La, Ami kan dah bawak balik tunjuk kat mak, abang bila pulak?"

"Oh, 'cucu' yang tu.. hehehe.. takdak yang berkenan lagi la tok.. nanti la, belajaq pun tak abih lagi.. nanti bila orang dah jumpa, orang bawak dia jumpa dengan tok k.. hehe.."

Itulah soalan yang sering ditanya oleh neneknya bila dia pulang ke kampung. Kadangkala ada juga rasa cemburu pada adiknya yang sudah berpunya, tetapi dia tidak mahu melayan perasaan itu sangat. Biarlah waktu yang menentukan, buat masa ini dia lebih selesa dengan kehidupan sekarang. Dia juga mahu fokus dengan rancangan bisnes yang difikirkannya baru-baru ini. Biarlah dia selesaikan perkara yang perlu diutamakan dahulu.

..............................................................................................................................

Dua hari berada di kampung, fikiran Fitri lebih banyak terarah pada keadaan di Kuantan, dia kerap teringatkan Asyikin. Dia mahu mengetahui keadaan Asyikin di kolej, sihatkah gadis itu, sudah makankah dia, macam mana dengan kelasnya, terlalu banyak persoalan yang timbul. Belum pernah dia memikirkan tentang seseorang setiap hari, ini kali pertama dia merasai sesuatu seperti itu. Sejak dia terpandang Asyikin semasa minggu orientasi dulu, setiap hari dia teringatkan gadis itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghantar mesej kepada Asyikin.

'Salam, Ekin tgh wat apa tu? sihat x?' dia menekan butang hantar.

'Wmussalam...shat jew.. arap2 abg jgak shat la erk.. ekn xwat pe pun...tgah tgok tv...ala abg kdit tggal bpe sen je lg...xleh nk msg...' dia menerima mesej itu beberapa minit kemudian.

"Alamak, takde kredit la pulak, baru nak sembang, call je lah..." Fitri terus mendail nombor Asyikin.

"Hello.." Suara Asyikin kedengaran di talian.

"Err.. Hello.. Assalamualaikum..."

"Waalaikummussalam..."

"Ekin tgh buat apa tu?.."

"Em, tak buat apa pun.. tengok tv je.."

"Oh, abang ganggu tak ni? Macam mana kat sana ok?"

"Eh, tak la, orang pun dah ada kat luaq ni.. em, ok je.. hehe.."

Mereka berbual hampir setengah jam lamanya.

"Em, ok lah.. nanti ganggu pulak Ekin nak buat keje ke.. lain kali kite sembang lagi k.."

"Ok.."

"Bye, Assalamualaikum..."

"Bye, Waalaikummussalam.."

Hatinya terasa sedikit lega apabila dapat bercakap dengan Asyikin. Jika tidak dia tidak dapat berhenti memikirkan keadaan gadis itu di sana. Sekurang-kurangnya dia tahu keadaan Asyikin di sana. Mungkin benar kata Wafie, dia sudah suka pada gadis itu, tapi kenapa? Dia sendiri belum jumpa puncanya. "Mungkin satu hari nanti aku akan jumpa jawapannya..."

.............................................................................................................................


Friday, April 15, 2011

Kembara Cinta : Chapter 2

Keesokan harinya, para pelajar dikehendaki melengkapkan segala butir peribadi dan dokumen yang diperlukan di dalam dewan. Kebetulan,kali ini Fitri ditugaskan untuk memberi bantuan kepada sebuah kumpulan yang fasilitator mereka kurang sihat.

"Ok, hari ni awak semua kena lengkapkan semua butiran yang diperlukan.. jika ada apa-apa masalah, boleh jumpa abang.." Fitri memberi penerangan ringkas.

Dia mengalihkan pandangan ke sebelah kiri, tiba-tiba matanya terhenti di satu sudut. Asyikin berada tidak jauh dengannya. Hatinya berdebar.

"Ish, kenapa dengan aku ni? tetibe nak jadi suspen cam ni.. aduh.." Dia bermonolog sendiri.

Tiba-tiba Asyikin memandang Fitri, dia tersenyum pada fasilitatornya itu. Fitri semakin merasai debaran hatinya. Cukup manis senyuman dari gadis itu, suka benar dia melihat senyuman itu. Mereka berbalas senyuman dan Asyikin kembali melakukan kerjanya. Seketika kemudian, beberapa pelajar datang menghulurkan buku orientasi meminta tandatangan dari Fitri. Lupa pula dia yang pelajar baru perlu mendapatkan tandatangan setiap fasilitator sebelum minggu orientasi berakhir. Asyikin juga menghulurkan bukunya untuk mendapatkan tandatangan Fitri.

"Nama siapa?" Fitri pura-pura bertanya.

"Asyikin" Dia kelihatan pelik apabila Fitri masih bertanya tentang namanya, padahal baru semalam mereka berbicara.

'To Ekin, Smile Always...' Fitri menurunkan tandatangannya.

Pada orang lain juga ditulis benda yang sama, tetapi semasa menulisnya pada Asyikin, dia benar-benar mahu melihat senyuman itu selalu. Dia memberikan semula buku tersebut pada Asyikin.

"Terima kasih.." senyuman itu terukir lagi.

"Sama-sama" Fitri sedikit gugup membalas ucapan itu.

......................................................................................................................................

Hari ini merupakan hari terakhir minggu orientasi pelajar baru, kebanyakkan pelajar sibuk dengan persiapan untuk 'Malam Kebudayaan dan Majlis Penutup Minggu Orientasi 2009' yang akan diadakan pada malam nanti. Fitri dan Wafie pula berada di koperasi untuk menyusun hadiah dan cenderahati yang akan diberikan nanti.

"Dua tiga hari ni aku tengok kau asyik senyum je memanjang.. kau ok ke tak ni? Ke dah kene sampuk?" Wafie memulakan perbualan.

"Ala, tak kan la aku nak senyum pun tak boleh, hari tu kau jugak yang cakap muka aku ni asyik ketat je, sekarang aku dah senyum, kau cakap aku kena sampuk pulak.. hemmm.."

Fitri kalau boleh tidak mahu menjawab soalan sahabatnya itu. Dia sendiri dapat merasakan kelainan itu, tetapi tidak tahu puncanya. Cuma dia sering teringat akan perbualannya dengan Asyikin tempoh hari. Peristiwa itu sering berlegar dalam ingatannya, dan peristiwa itu jugalah yang menyebabkan dia selalu tersenyum seorang diri. Dia dapat rasakan peristiwa itu mungkin ada kaitan, tetapi sengaja tidak mahu dilayan sangat. Mungkin mainan perasaannya sahaja.

Persembahan pertama bermula selepas Pengarah KPTM, En. Ismail selesai memberikan ucapan sebentar tadi.

"Alamak, apsal aku kene duduk kat sini pulak.. Ish, asyik aku je yang kene part yang tak best.." Fitri sedikit geram apabila dia ditugaskan untuk menjaga giliran untuk peserta membuat persembahan di bahagian perpustakaan.

Jika dia berada di dalam dewan, boleh juga dia melihat persembahan dari kumpulan Asyikin, mungkin gadis itu juga turut mengambil bahagian. Tetapi dia terpaksa akur, tugas perlu diutamakan. Mungkin bukan peluang untuk dia pada malam itu. Selesai sahaja majlis, semua pelajar dan fasilitator berkumpul di dalam dewan. Sesi amanat terakhir daripada fasilitator akan diadakan.

"Assalamualaikum, erm.. saya nak ucapkan selamat... OOO MAK HANGGG!!!!" melatah Fitri apabila dia disergah dari belakang oleh Munir.

Memang dia ada sifat melatah cuma dia masih mampu mengawalnya, cuma kali ini dia memang betul-betul terkejut dengan sergahan Munir. Malunya bukan kepalang, riuh seketika Dewan Al-Biruni dengan gelak tawa para pelajar dan fasilitator apabila melihat insiden tadi. Tetapi Fitri tetap menunjukkan gaya seorang lelaki macho.

"Err.. saya nak ucapkan good luck pada anda semua, walaupun minggu orientasi telah berakhir, tetapi ini tidak bermakna hubungan yang kita bina telah berakhir, kami akan tetap membantu anda semua, janganlah malu untuk berjumpa dengan kami sekiranya anda semua mempunyai masalah. Kami di sini sedia membantu.. Ok, selamat maju jaya untuk semua.. Terima kasih.." panjang lebar amanat yang disampaikan.

Selesai sesi amanat terakhir, semua pelajar dibenarkan untuk bergambar dengan fasilitator, terasa diri seperti seorang bintang popular pada ketika itu. Ramai pelajar yang datang bejumpa untuk bergambar dengan fasilitator mereka. Tiba-tiba datang seseorang menyapa Fitri.

"Abang, nak ambik gambar sekali boleh?" Asyikin bertanya.

"Ok, boleh je, nak ambik kat mana?" Seronok betul dia apabila mendapat peluang untuk bergambar dengan Asyikin.

"Kita ambik kat situ." Asyikin menunjukkan satu kawasan di bahagian belakang dewan yang tidak ramai orang di situ.

Beberapa keping gambar Fitri dan Asyikin diambil oleh seorang rakannya. Malu-malu pula Fitri apabila dia bergambar dengan Asyikin ketika itu. Belum pernah dia mengambil gambar secara berdua dengan seorang perempuan selain ahli keluarganya selama ini. Lain benar rasanya, hatinya kembali berdebar. Selesai sesi bergambar, Fitri duduk di kawasan parking di hadapan blok kelas bersama dengan kumpulan Asyikin. Di situ, dia berkenalan dengan Suten dan Fifi. Mereka mengusik Fitri apabila mendapat tahu yang dia melatah apabila diusik. Penat Fitri melayan kerenah mereka, hampir semput dibuatnya kerana terlalu banyak melatah pada malam itu.

"Kenapa abang melatah?" Asyikin bertanya ketika Fitri kembali duduk di dalam kumpulan.

"Entah, sebab selalu sangat kacau orang yang melatah kot, last skali berjangkit.. hahaha.."

Malam itu Fitri banyak menghabiskan masa dengan Asyikin. Senyuman yang mahu dilihatnya terpamer setiap masa. Dia rasa begitu bertuah pada malam itu, gadis yang beberapa hari lalu dilihat dari jauh, kini tersenyum manis di hadapannya. Di bilik, dia masih lagi tersenyum seorang diri. Wafie mula mengesyaki sesuatu.

"Aku tengok kau ni dah lain ni... baik ko cite kt aku cpat.. hehehe"

"Takde ape la, saje mengenang masa-masa happy aku.. hehehe"

"Ko ade berkenan kat budak junior eh? hahaha.. bagitau la.."

"Ish, pandai-pandai je ko ni.. takde la.. aku biasa je"

"Heh, ade la tu, tak payah nak kelentong aku la.."

"Dah, aku nak tidur ni.. esok kan kite nak bawak budak-budak tu pegi bandar.."

"Ok, good night kawanku yang happy.. hahaha.."

....................................................................................................................................

Mereka berdua bersiap awal pagi itu, sebenter lagi Wafie, Fitri dan Imran akan membawa beberapa orang junior dengan mereka keluar untuk melihat bandar Kuantan. Perkara ini telah menjadi tradisi di KPTM Kuantan, sebaik sahaja minggu orientasi selesai, fasilitator akan membawa mereka keluar ke bandar Kuantan supaya selepas ini mudah untuk mereka keluar untuk membeli barang atau bersiar-siar di bandar.

"Tunggu ape lagi? Jom la gerak.." Wafie mengajak Fitri.

"Kejap, aku nak call Imran, die suruh call kalau dah siap.. Kau call la budak-budak junior tu.. suruh diorang tunggu kat student center.."

Mereka berdua menunggu pelajar junior dan Imran di student center, ketika berjalan menuju ke sana, Fitri ternampak kelibat seseorang yang dikenali, Asyikin juga turut berada di sana.

"Tunggu siapa?" Fitri menyapa.

"Tunggu Kak Nurul.."

"Oh, keluar dengan die eh?"

"Emm.."

Fitri duduk di meja berdekatan dengan Asyikin, sesekali dia menoleh ke arah Asyikin, ingin benar dia mengajak Asyikin keluar dengan kumpulannya tetapi apa pula kata Nurul nanti. Nurul merupakan fasilitator kumpulan Asyikin, memang dia yang sepatutnya membawa ahli kumpulannya keluar. Akhirnya pelajar yang akan mengikut Fitri dan Wafie tiba, mereka bergerak menuju ke pintu pagar kolej untuk menaiki teksi, Imran sudah menanti mereka di sana.

"Eh, aku ingat nak ajak budak tu follow skali la.." Fitri menyatakan hasratnya pada Wafie.

"Sape?"

"Ala, budak perempuan yang duduk kat meja sebelah kite tadi.."

"Aku dah agak dah, takde ape konon.. hehehe, kau suke dekat die eh? Ajak je la die follow kite skali.."

"Ish, segan aku.. japgi Nurul kate ape plak.. takpe la, jom gerak.."

"Betul ke ni? Atau kau nak aku pegi ajak die?"

"Betul, takpe la. Maybe next time la kot."

Teksi mereka menuju ke Berjaya Megamall, mereka sudah merancang untuk pergi makan dan menonton wayang di sana. Fitri cuba melihat keadaan sekeliling, cuba mencari kelibat Asyikin jika dia juga turut berada di sana. Pencariannya tidak berhasil, mungkin Nurul membawa kumpulannya ke tempat lain.

Selesai makan dan menonton wayang, mereka terus bertolak pulang. Malam nanti, semua pelajar baru perlu hadir ke dewan untuk satu lagi sesi pengurusan masa yang akan dikendalikan oleh En. Badrul kerana beliau tidak sempat untuk menghabiskannya dalam modul sebelum ini. Di dewan, Fitri berada di atas pentas, menjalankan tugasnya memerhatikan para pelajar. Apabila tiba masa untuk mereka membuat jadual ulangkaji masing-masing, Fitri turun dari pentas. Dia menuju ke arah Asyikin, dia tidak tahu kenapa dia ingin benar berbicara dengan gadis itu.

"Macam mana nak buat jadual ni?" Asyikin bertanya apabila Fitri duduk di sebelahnya.

"Buat ja macam mana pun, yang ni ikut kesesuaian kita, kalau kita rasa boleh study masa tu, tulis la dekat situ.." Fitri memberi penerangan ringkas.

"Tadi keluar dengan Kak Nurul pi mana?" Fitri mengubah topik perbualan.

"Emm, pi ikut tengok depa main boling.."

"Oo.. Ekin tak main sekali?"

"Tak, orang tak reti, tengok ja la dari tepi..hahaha.."

Suka benar dia melihat gadis itu ketawa, rupa-rupanya Asyikin juga berada di tempat yang sama petang tadi, cuma dia tidak terfikir pula Nurul akan membawa kumpulannya ke tempat boling. Selesai modul daripada En. Badrul, mereka diberi kebenaran untuk keluar makan sehingga jam 12.00 tengah malam. Fitri cuba untuk menggunakan peluang itu untuk mengajak Asyikin keluar makan bersama.

"Ekin, dah makan ke?"

"Belum, sat lagi nak pi makan la ni.."

"Ok, jom makan sekali nak?"

"Emm, tapi orang dah janji dengan member.."

"Takpa, ajak la member skali.. nanti abang ajak sorang lagi member abang ikut.."

"Ok.."

Peluang yang dinanti akhirnya tiba, Fitri mengajak Naim untuk pergi bersama dengannya. Malam itu mereka berbual kosong di kedai makan berdekatan dengan kolej. Fitri tidak menyangka yang dia boleh keluar makan dengan Asyikin, jarang dia mendapat peluang seperti itu. Pulang sahaja ke kolej, Fitri masih terasa bagaikan sedang bermimpi, dia tersenyum seorang diri lagi.

"Hai, orang dah bahagia nampak.." Wafie mengusik.

"Hahaha.. takde la, adik angkat aku je tu.. tak lebih pun.." Fitri cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.

"Kalau dah berkenan baik bagitau je, nanti melepas pulak.."

"Ish kau ni, baru kenal seminggu kot.. agak-agak la aku nak cakap macam tu kat die.. tak masuk akal langsung.. lagipun kan aku dah cakap tadi, adik angkat aku je.."

"Ye la, ikut awak lah, dah melepas nanti jangan cakap aku tak bagitau ko dah la.."

"Hahaha.. merajuk pulak member aku yang sorang ni.. sejak bila pandai terasa dengan aku ni? Ada masalah jiwa ke? hahaha..." Giliran Fitri pula mengusik Wafie, dia juga tidak mahu memanjangkan lagi topik perbualan dari Wafie tadi. Masih awal untuk dirinya mengatakan yang dia sudah suka pada Asyikin, mungkin itu cuma mainan perasaannya sahaja. Beberapa hari lagi dia akan pulang semula ke Melaka untuk menghabiskan cutinya. Tidak sabar rasanya mahu pulang dan berada bersama keluarga tercinta. Tugasnya di kolej telah selesai secara rasmi.

..............................................................................................................................