Sudah tiga hari minggu orientasi berakhir, tetapi Fitri masih belum pulang ke rumah. Hatinya begitu berat sekali mahu meninggalkan kolej. Dia kalau boleh mahu tinggal saja di Kuantan sehingga tiba minggu pendaftaran pelajar senior nanti tetapi di mana dia mahu menetap. Asrama yang didiami sekarang akan dikunci semula. Sambil menunggu masa untuk pulang, sempat juga dia keluar makan dengan Asyikin beberapa kali. 'Sambil menyelam, minum air', alang-alang sudah ada peluang, apa salahnya dia ambil peluang itu. Teringat pula peristiwa di student center tempoh hari, ketika dia berada dengan Hakim.
"Kita nak buat apa duk kat sini?" Fitri bertanya pada Hakim.
"Ade la, hehehe. Kau tunggu la kejap, aku ade hal kejap je.."
"Ok.." Fitri memerhatikan keadaan sekeliling. Tiba-tiba dia ternampak Asyikin sedang berjalan bersama seorang rakannya di bahagian blok pentadbiran. Dia mengajak Asyikin duduk bersamanya.
"Dari mana?" Fitri memulakan perbualan.
"Tak pi mana pun, saja jalan-jalan.."
"Oh, macam mana life kat sini? Ok tak?"
"Ok la.."
"Eh, malam ni jom makan sama nak?"
"Malam ni? Nak makan kat mana?"
"Dekat-dekat sini ja, kita pi makan kat kedai depan tu ka.. nak tak?"
"Emm.." Asyikin kelihatan serba salah.
"Takpa la, Ekin ambik nombor telefon abang dulu, nanti apa-apa hal mesej k.."
Asyikin pada awalnya kelihatan agak berat untuk mengambil nombor telefon dari Fitri.
"Ambik je la, nanti apa-apa hal senang, boleh contact Abang Fitri nanti..." Hakim mencelah.
"Cuba buat miss call kat abang sekali.." Sengaja Fitri menyuruh Asyikin buat begitu, niat sebenarnya hanyalah mahu mendapatkan nombor telefon Asyikin, tetapi dia menukar sedikit taktik yang selalu digunakan.
Akhirnya selepas lima hari berada di kolej, Fitri mengambil keputusan untuk pulang. Sebelum bertolak ke Melaka, dia menghantar Wafie ke terminal dahulu. Sahabatnya itu akan pulang ke Johor pada hari yang sama. Selepas menghantar Wafie pulang, Fitri berjalan menuju ke kereta, dia cuba menghantar sekeping mesej kepada Asyikin.
'Salam, abg dah nak bertolak balik ni. Jaga diri k.. kalau perlukan apa2, jangan segan nak msg k..'
Beberapa minit kemudian telefonnya berbunyi, ada mesej baru yang masuk. Dia cepat-cepat membukanya.
'Wmussalam.. k hati2 erk..." Ringkas sahaja mesej itu, Fitri tersenyum apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Rasa gembira apabila Asyikin membalas mesejnya.
.......................................................................................................................
Perjalanan ke Melaka kali ini agak memenatkan, mungkin juga kerana dia tidak cukup tidur. Semasa di Kuantan, kerap benar dia tidur lewat, bukan keluar ke mana-mana pun, cuma duduk berborak dengan rakan-rakannya sehingga lewat malam. Bila sudah bosan, barulah mereka semua masuk tidur. Perjalanan yang selalunya mengambil masa 5 jam menjadi hampir 8 jam kerana dia terpaksa berhenti beberapa kali akibat mengantuk. Akhirnya Fitri tiba juga dirumahnya.
"Lambatnya sampai, kata bertolak pukul 11 tadi.." Ibunya kelihatan sedikit risau.
"Orang berhenti rehat banyak kali tadi.. mengantuk la mak..."
"Banyak sangat ka kerja kat sana? Nampak macam tak cukup rehat ja?"
"Tak la, bersembang ja lebih.. hehehe..."
"Lain kali dah tau nak jalan jauh tu tidoq la awal sikit... hemmm"
Fitri terus naik ke biliknya, badannya masih lagi penat. Dia mahu berehat sebentar, selepas mandi dan solat Maghrib, Fitri tertidur hingga keesokan pagi. Pagi itu, dia keluar berjoging bersama sekumpulan tentera yang membuat latihan pagi di kawasan rumahnya. Itulah antara rutin yang sering dilakukan apabila berada di rumah. Pulang sahaja ke rumah, ibunya menanti di ruang tamu.
"Abah suruh kita balik kampung esok.. macam mana?" Ibunya meminta pendapat.
"Esok? Ikut mak la.. orang nak tengok bola malam ni.. hehehe.. mesti bangun lambat esok.."
"Takpa la, nanti mak bawa la dulu.. Sampai kat KL nanti kita tukaq.."
"Ok lah, esok pagi mak kejut eh.. orang lepas subuh esok nak sambung tidoq balik.. hehehe.."
"Ya la, macam mana minggu orientasi hari tu?"
"Ok, semuanya best, cuma kesian sikit la kat budak-budak junior tu.. kena duduk kat sana sebulan baru budak senior daftar balik.."
"Dah nama pun belajaq, ok la duk kat sana sebulan takda orang nak kacau, kenapa nak kesian pulak?"
"Takdak apa la.. hehehe.. ok la, orang nak mandi ni.."
"Jangan lupa kemas barang sekali, basuh terus baju-baju yang nak bawak balik esok..
"Ye.. lepas mandi nanti orang buat.."
Malas pula rasanya mahu pulang ke kampung tapi Fitri tahu dia tidak boleh membantah cakap ayahnya, apa yang ayahnya beritahu, itulah yang dia perlu buat, jarang ada kompromi. Terpaksa jugalah dia pulang ke kampung pada hari esok. Nasib baik ibunya boleh memandu dahulu, tidaklah dia penat sangat nanti. Nampaknya dia akan menghabiskan cuti kali ini di kampung, Fitri terpaksa membatalkan niatnya mahu mencari kerja sambilan pada kali ini.
Mereka bertolak pada awal pagi keesokan hari, ibunya tidak suka sampai di kampung terlalu lewat. Fitri pula terus terlena beberapa minit selepas bertolak, dia masih lagi mengantuk akibat tidak cukup tidur selepas menonton perlawanan bola pada malam semalam. Dia hanya tersedar apabila ibunya berhenti di kawasan rehat lebuhraya.
"Sampai mana dah ni?" Fitri masih lagi terkebil-kebil cuba mencari papan tanda untuk mengetahui di mana lokasinya pada ketika itu.
"Dah sampai Rawang dah pun, tu la, tidoq lewat lagi.. kata nak tukaq dekat KL tadi.. hemm"
"Ok, satgi biaq orang bawak pulak.."
Hampir setengah jam mereka berehat di sana, Fitri mengambil alih tugas memandu kereta. Dia memandu agak laju sehingga ibunya terpaksa memberi peringatan beberapa kali. Mereka tiba di Kedah petang itu, Fitri terus masuk ke dalam rumah selepas turun dari kereta, dia meluru mendapatkan neneknya yang sedang memasak di dapur. Dia memeluk neneknya, mahu melepaskan rindu kerana sudah lama tidak pulang ke kampung.
"Apa khabaq cucu tok ni?" Neneknya bertanya sambil mencium pipinya.
"Sihat ja, tok wan mana?"
"Ada kat belakang tu, duk kemas stor.. Bila nak bawak 'cucu' tok yang sorang lagi?" Fitri kurang mengerti dengan soalan yang diajukan oleh neneknya.
"Sapa dia cucu tok sorang lagi?"
"La, Ami kan dah bawak balik tunjuk kat mak, abang bila pulak?"
"Oh, 'cucu' yang tu.. hehehe.. takdak yang berkenan lagi la tok.. nanti la, belajaq pun tak abih lagi.. nanti bila orang dah jumpa, orang bawak dia jumpa dengan tok k.. hehe.."
Itulah soalan yang sering ditanya oleh neneknya bila dia pulang ke kampung. Kadangkala ada juga rasa cemburu pada adiknya yang sudah berpunya, tetapi dia tidak mahu melayan perasaan itu sangat. Biarlah waktu yang menentukan, buat masa ini dia lebih selesa dengan kehidupan sekarang. Dia juga mahu fokus dengan rancangan bisnes yang difikirkannya baru-baru ini. Biarlah dia selesaikan perkara yang perlu diutamakan dahulu.
..............................................................................................................................
Dua hari berada di kampung, fikiran Fitri lebih banyak terarah pada keadaan di Kuantan, dia kerap teringatkan Asyikin. Dia mahu mengetahui keadaan Asyikin di kolej, sihatkah gadis itu, sudah makankah dia, macam mana dengan kelasnya, terlalu banyak persoalan yang timbul. Belum pernah dia memikirkan tentang seseorang setiap hari, ini kali pertama dia merasai sesuatu seperti itu. Sejak dia terpandang Asyikin semasa minggu orientasi dulu, setiap hari dia teringatkan gadis itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghantar mesej kepada Asyikin.
'Salam, Ekin tgh wat apa tu? sihat x?' dia menekan butang hantar.
'Wmussalam...shat jew.. arap2 abg jgak shat la erk.. ekn xwat pe pun...tgah tgok tv...ala abg kdit tggal bpe sen je lg...xleh nk msg...' dia menerima mesej itu beberapa minit kemudian.
"Alamak, takde kredit la pulak, baru nak sembang, call je lah..." Fitri terus mendail nombor Asyikin.
"Hello.." Suara Asyikin kedengaran di talian.
"Err.. Hello.. Assalamualaikum..."
"Waalaikummussalam..."
"Ekin tgh buat apa tu?.."
"Em, tak buat apa pun.. tengok tv je.."
"Oh, abang ganggu tak ni? Macam mana kat sana ok?"
"Eh, tak la, orang pun dah ada kat luaq ni.. em, ok je.. hehe.."
Mereka berbual hampir setengah jam lamanya.
"Em, ok lah.. nanti ganggu pulak Ekin nak buat keje ke.. lain kali kite sembang lagi k.."
"Ok.."
"Bye, Assalamualaikum..."
"Bye, Waalaikummussalam.."
Hatinya terasa sedikit lega apabila dapat bercakap dengan Asyikin. Jika tidak dia tidak dapat berhenti memikirkan keadaan gadis itu di sana. Sekurang-kurangnya dia tahu keadaan Asyikin di sana. Mungkin benar kata Wafie, dia sudah suka pada gadis itu, tapi kenapa? Dia sendiri belum jumpa puncanya. "Mungkin satu hari nanti aku akan jumpa jawapannya..."
.............................................................................................................................
No comments:
Post a Comment