Thursday, April 28, 2011

Kembara Cinta : Chapter 4

"Hari ni mak nak pi mana-mana tak?" Fitri bertanya pada ibunya selepas sarapan. Soalan itu boleh dikatakan setiap hari akan diajukan pada ibunya. Dia tidak biasa duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa akitiviti tetapi dia perlu pastikan ibunya tidak akan ke mana-mana sebelum dia mengambil keputusan untuk keluar menghabiskan masanya sendiri.

"Satgi kita pi Pekan Rabu jap, mak dengan tok nak pi beli barang sikit. Lepas tu kita singgah rumah Mak Tih kat Kuala Kedah." Ibunya menjawab.

"Ok, orang lap kereta jap, mak siap la dulu."

Sehari suntuk dia keluar bersama ibu dan neneknya. Pulang saja ke rumah, senja mula berlabuh. Malam itu, Fitri hanya duduk berehat saja di rumah. Dia juga memang jarang keluar pada waktu malam. Kawasan kampungnya juga tidak ada apa yang menarik pada waktu ini. Dia membaringkan badannya di atas sofa. Matanya tertumpu pada laporan berita di kaca tv.

"Abang, mak tanya nak makan apa malam ni?" Farah, adiknya yang ketiga bertanya.

"Buat ja la apa pun, nasik goreng ka, masak maggi ka, abang telan ja.. hehe.."

"Mak cakap kalau nak makan, pi masak.. hahaha.."

"Eh, abang pulak? Dah tu hang duk kt sini buat apa? Tu kerja orang perempuan, orang laki makan ja.."

"Ala, pi la masak kejap, kalau nak makan nasik goreng masin takpa la orang pi masak.."

"Tak payah, tunggu lepas berita satgi abang masak.." Fitri terpaksa mengalah juga, entah bila adiknya boleh memasak makanan sendiri. Mahu diajar, adiknya pula memberi banyak alasan, akhirnya dia juga yang akan berada di dapur. Tamat saja slot berita, Fitri bangun untuk ke dapur, sengaja dilambatkan langkahnya, terasa malas pula dia hendak memasak malam itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, Fitri terus mencapainya di dalam poket seluar. Terpapar nama Asyikin di skrin telefon.

Sudah beberapa hari dia tidak menghubungi gadis itu, kalau berhubung selalu pun dia takut Asyikin akan fikir yang bukan-bukan pula padanya. Baginya, jika suka sekalipun, biarlah dia pendamkan dahulu sekarang, belum tiba masanya untuk orang lain tahu. Fitri membuka mesej yang dihantar oleh Asyikin.

'Kwn dgr lh cerita,
ksh ttg kau dn ak,
kta bgi2 gmbra, lalui hr y bhgia..
kau buat ku tsnym, tiada duka mnylbngi ku,
kau bgku hrpn, tuk trskn pjuangan..
ku gpi impian dn cta, bsama dgn doamu,
kau ukir snymn msra,htiku indah ceria..
kni kau prgi, prgi jauh dariku,
mbuatku mrindu drimu selalu.'


Degup jantungnya bertambah laju saat dia selesai membaca mesej tersebut, bait-bait kata yang ditulis benar-benar menarik perhatiannya. 'Pandai jugak dia ni bermadah.. huhu..' bisik hatinya.

'Salam, rajinnya ekin wat puisi.. hehe.. nice..' Fitri membalas.

'Sja ja.. sdap x ayat 2.. owg yg wat khas tuk abg fit kte la.. hehe.. sory la ggu jew'

'Bleh tahan, menarik jugak puisi tu.. eh, x ggu la.. abg x wat apa pun.. duk lpak2 ja kat umah ni..'

'Pndainya abg amek ati owg nu.. pdhal kat sna tgah ktuk msg owg td 2 kn... oo tgah lpak, owg pun tgah mkn ni..'

'Btul, ikhlas abg puji ni.. hehe.. Owh, mkn kt kdai blkg kolej ke? cuti2 ni xwat pape ke? '

'Yela 2. x ar tgah mkn kat kdai kat dpn ni.. xwat pe pun.. cuti2 dok dlm blik jew. nk blik pun jauh la abg..' Timbul pula rasa kasihan pada gadis itu. Berjauhan dari keluarga, pastinya dia merasa sunyi di sana.

"Abang!!!! mak suruh masak nasik goreng!!" Farah memanggil Fitri dari dapur.

"Sabaq la sat, satgi abang masak la.. ish, tak boleh tengok orang senang sikit.." Fitri berjalan menuju ke dapur. Dia meminta Farah menyiapkan segala bahan-bahan yang akan digunakan. Kuali dipanaskan, minyak dituang, sesekali jarinya ligat menekan punat telefon bimbit membalas mesej dari Asyikin.

"Hai, mesej sapa la tu smpai senyum sorang-sorang" Farah menegur.

"Mesej member la, tak payah nak sibuk hal orang.."

"Ye la tu member, ke Cik Ekin? hahaha..."

"Pandai-pandai je, kat mana la ko kenal orang tu.."

"Tak payah nak tipu la, orang dah tengok handset dia masa dia tidoq hari tu.."

"Oo.. tengok mesej orang ye.."

"Dah tu, sapa suruh letak handset merata.. hahaha.. takpa la, abangku sedang bahagia, adikmu tumpang gembira.. hahaha.." Farah mengusik Fitri yang kelihatan sedikit malu.

"Dah, nasik goreng dah siap, pi hidang cepat, nanti sejuk pulak.." Fitri cuba menukar topik perbualan. Farah hanya menurut, dia menghidangkan nasi goreng di atas meja makan. Fitri pula menyambung semula perbualan dengan Asyikin. Hampir jam 12 malam, barulah mereka berhenti mesej. Dia memang menunggu Asyikin menghubunginya, kalau dia saja yang mulakan dulu takut dikatakan terhegeh-hegeh pula. Cuti yang ada masih berbaki tiga minggu lagi, tidak sabar pula rasanya hendak pulang ke Kuantan.

....................................................................................................................................

Sudah dua minggu cuti semester berlalu, Fitri seperti biasa menghabiskan masa cutinya dengan bersiar-siar di sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Ada masanya dia akan pergi ke Perak untuk melawat nenek angkatnya yang pernah menjaganya ketika dia masih kecil dahulu. Walaupun tiada pertalian darah antara mereka, Fitri menganggap nenek angkatnya itu seperti nenek kandungnya sendiri. Sehingga sekarang dia masih lagi suka bermanja dengan nenek angkatnya itu.

Hampir seminggu juga dia tidak mendapat khabar berita daripada Asyikin. Tempoh seminggu yang dirasakan agak lama kali ini. Seringkali dia merasakan seperti ini, tetapi hanya ketika berjauhan dengan keluarganya, tetapi kenapa kali ini dia merasainya pada Asyikin? Hatinya tertanya tanpa ada jawapan yang pasti. 'Aku rindu kat dia ke?' Bisik hatinya.

Setelah beberapa hari memendam perasaan, Fitri mengambil keputusan untuk menghubungi Asyikin. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Asyikin.

"Hello, Assalamualaikum..." Fitri memulakan perbualan.

"Wa'alaikummussalam..."

"Err.. Ekin tengah buat apa tu? Abang ganggu tak ni?"

"Em, tengah buat assignment dengan member.."

"Oh, ye ke.. kalau gitu takpe la, nanti la kite sembang"

"Aaa... ok.."

"Bye, Assalamualaikum.."

"Bye, Wa'alaikummussalam.."

Perbualan terhenti. 'Aduh, tu la, nak call sangat, dia kat sana tengah study, mana boleh kacau selalu..' serba salah pula rasanya kerana mengganggu sebentar tadi. Mungkin tidak ada rezeki untuk mereka berbual malam ini. Lebih kurang setengah jam kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Fitri cepat-cepat membukanya.

'Gudnite.' Ringkas sahaja mesej yang diterima.

'Nak call ke tak nak, dia dah hantar mesej gudnite ni, mesti nak tidur dah. Macam mana ni? Call je la...' Fitri terus mendail semula nombor telefon Asyikin. Malam itu mereka berbual juga, tetapi tidak lama kerana Asyikin ada kuliah pada keesokan hari. Tetapi masa yang singkat itu cukup untuk membuatkan hatinya merasa lega. Dia masih ragu-ragu sama ada dia memang suka pada Asyikin. Yang pastinya sekarang, dia sudah mula rasa rindu pada gadis itu.

.................................................................................................................................


Hari ini, Fitri akan pulang semula ke Kuantan, dia akan membantu rakan-rakan MPP di sana untuk mengendalikan minggu orientasi untuk pelajar usahasama UiTM pula. Selepas makan tengah hari, dia bertolak menuju ke Kuantan, dalam perjalanan dia masih teringat mesej yang diterima dari Imran beberapa hari lalu.

'Bro,budak UiTM punya intake dah nak dekat.. ko x join ke orientasi diorg?' Baru dia teringat, seminggu sebelum dia pulang untuk mendaftar, pelajar baru yang mengambil program usahasama UiTM pula yang akan mendaftar, tapi dia belum mendapat apa-apa mesej daripada pihak pengurusan.

'Kitorg bleh join ke? xde sape antar msg kat aku pun.. segan la plak aku nak g..'

'Ala, jom la, kalu diorg tanye, ckp je ko dtg tlg aku, nnt bleh kite lpak2 skali, ko pn bkn ade wat pape kat umah 2..'


' Tengok la cmne nnt, aku xbrani nk jamin la.. hehe..' Fitri masih ragu-ragu dengan ajakan Imran.

'Dtg je, aku tggu ko kat umah sewa aku k.. 3 ari lg diorg daftar, pandai2 la ko bile nak balik..' Imran berkeras.

'Orait2, nnt aku roger ko balik..'

'Ok, bereh..'


Gembira hatinya bukan kepalang, memang dia mencari cara untuk pulang ke Kuantan lebih awal, bukan kerana tidak suka berada di rumah, tetapi sesi persekolahan telah lama bermula, kedua ibu bapanya bekerja, adik-adiknya pula bersekolah. Tinggal dia berseorangan di rumah, menyebabkan dia menjadi bosan. Terus dia menghubungi Asyikin malam itu, sengaja mahu melihat reaksi gadis itu bila dia mengatakan yang dia akan pulang lebih awal.

Dia juga ada menghubungi Suten, rakan sekumpulan Asyikin semasa minggu orientasi sebelum dia bertolak pulang.

"Bro, aku dah nak balik Kuantan ni.."

"Bile bro? patut la hari tu aku tengok Ekin bukan main happy lagi.. hahaha.."

"Kejap lagi.. lepas lunch aku gerak la.. eh? bile kau jumpe dia? dia cakap apa?"

"Hahaha.. hari tu kitorang ada makan skali, dia cakap kat aku kau dah nak balik.. bukan main suka lagi.. hahaha.."

"Haha.. takde ape la.. saje je tu.. ok la bro, jumpa kat sana nanti, chow.."

"Orait2.."

Kereta Perodua Kancil miliknya menyusuri laju jalan yang agak lengang hari itu, dia tidak sabar mahu tiba di Kuantan, sambil memikirkan bilakah waktu yang sesuai untuk bertemu dengan Asyikin. Teringin benar dia untuk bersua muka dengan gadis itu.

..............................................................................................................................

No comments:

Post a Comment