Friday, April 15, 2011

Kembara Cinta : Chapter 1

Bas yang akan membawa peserta kursus fasilitator ke Pulau Pangkor sudah bersedia di hadapan kolej. Fitri meletakkan beg di bahagian menyimpan barang di bawah bas.

"Kau tak nak naik lagi ke?" Imran bertanya kepada Fitri apabila melihat dia masih berada di tepi bas walaupun sudah meletakkan beg sebentar tadi.

"Kau naik la dulu, aku tunggu Wafie kejap."

Seperti biasa, jika ada aktiviti yang melibatkan dia dan Wafie, sahabat yang rapat dengannya sejak dari semester 1, Fitri tidak akan menaiki bas selagi sahabatnya itu tidak berada bersama dengannya.

"Ikut kau lah.." Imran berjalan menuju ke pintu bas.

Beberapa minit kemudian, Wafie tiba dalam keadaan tercungap-cungap.

"Fuhh.. lega, hehehe..." Wafie tersenyum.

"Kau pegi mane lame sangat huh? Penat dah aku tunggu kat sini.." Fitri sedikit marah dengan sahabatnya itu.

"Aku kat toilet la.. Sakit perut ni, nasib baik dah lega sikit sekarang.."

"Ye la, jangan ko 'terbuang' kat dalam bas kejap lagi dah la.. hahaha.."

Bas akhirnya bertolak menuju ke Pelabuhan Lumut pada malam itu. Kebanyakkan peserta cuba tidur seawal mungkin kerana mereka telah diberitahu aktiviti akan terus dijalankan sebaik mereka tiba di tempat kursus nanti. Fitri dan Wafie masih rancak berbual tentang aktiviti semasa cuti mereka dengan beberapa peserta lain yang masih belum tidur.

Akhirnya bas mereka tiba di Pelabuhan Lumut pada jam 8.30 pagi. Semua peserta mengambil beg masing-masing dan bergerak menuju ke terminal feri. Di sana, para peserta dari kampus cawangan lain turut menunggu giliran untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor.

Perjalanan menaiki feri ke Pulau Pangkor agak memeningkan kepala para peserta. Keadaan feri yang bergoyang ketika membelah ombak menyebabkan beberapa peserta mula berasa loya dan pening. En. Soleh, pegawai yang mengiringi peserta dari kampus Kuantan sudah tersandar di tempat duduk kerana mengalami mabuk laut.

"Encik ok tak?" tanya salah seorang anak buah beliau.

"Ok apenye, aku dah rasa nak muntah dah ni.. aduh.." keluh En. Soleh.

Beberapa peserta lelaki mendekati beliau dari belakang. Mereka mengerumuni beliau dan terus mengangkat beliau ke bahagian dek belakang feri.

"Oi! korang buat apa ni?"

"Rileks la Cik soleh, daripada duk pening kepala kat sini, baik kita pegi ambik angin kat atas..hahaha"

Mereka mengusung En. soleh beramai-ramai.

"Hangpa ni memang tambah pening kepala aku la, adoi.."

"Takpe, kejap lagi cik mesti rasa ok punya.."

Beberapa minit berada di bahagian dek, En. Soleh pula yang lebih sakan daripada anak buahnya. Di mana ada peserta yang mengambil gambar, di situ ada beliau. Seronok pula dia menjadi model tambahan bagi peserta-peserta lain. Sebaik tiba di jeti Pulau Pangkor, En. Soleh kembali menjadi seorang yang mabuk laut. Rasa pening dan muntah beliau semakin menjadi-jadi sehingga beberapa orang peserta terpaksa memapah beliau ke arah van pelancong untuk ke tempat kursus.

Rasa serba salah dan lucu pula peserta-peserta yang mengajak En. Soleh untuk bersama dengan mereka di dek feri sebentar tadi. Serba salah mungkin kerana mabuk laut beliau yang semakin menjadi-jadi. Lucu kerana beliau seperti sudah sihat semasa berada di dek, tetapi bila sampai di jeti, sakit pula.

......................................................................................................................................

Akhirnya, kursus bermula. Pelbagai ilmu yang ditimba oleh para peserta demi memastikan mereka boleh membimbing pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar beberapa hari lagi. Aktiviti kursus diselangi dengan aktiviti mandi laut pada hari kedua kursus. Pelbagai ragam antara pegawai pengiring dan peserta dapat dilihat ketika itu. Sehingga ada pegawai pengiring yang diangkat beramai-ramai oleh peserta dan dicampak ke laut.

Hari terakhir kursus, para peserta diberikan amanat terakhir oleh ketua pegawai pengiring.

"Anda telah terpilih menjalani kursus ini, berpuluh ribu ringgit telah dihabiskan untuk anda semua sepanjang kursus ini berjalan. Jalankan amanah yang telah diberikan pada anda semua sebaik mungkin, bimbinglah adik-adik anda yang akan mendaftar tidak lama lagi. Kami mengharapkan sumbangan yang terbaik dari anda semua.." itulah antara amanat yang disampaikan pada mereka.

Kursus berakhir dengan jayanya, semua peserta kini sudah bersedia untuk kembali ke kampus masing-masing dan mempraktikkan ilmu yang mereka telah dapat. Sekali lagi perjalanan menaiki feri ke Lumut menjadi satu cabaran kepada mereka yang mabuk laut, mujur kali ini feri tidak bergerak terlalu laju, jika tidak mungkin ada yang muntah lagi kali ini. Sampai di jeti Lumut, semua peserta bersalaman dan mereka bergerak menuju ke bas masing-masing. Minggu orientasi pelajar baru menanti mereka dua hari lagi.

........................................................................................................................................

Hari yang dinanti akhirnya tiba, hari ini hampir 700 orang pelajar akan mendaftar di Kolej Poly-Tech MARA, Kampus Kuantan. Fitri telah diletakkan dalam biro disiplin, Wafie pula di dalam biro makanan.

"Kenapa la nama aku kena masuk kat biro disiplin, aku ni jangan kata nak marah, nak tegur orang pun aku fikir dua tiga kali dulu tau.. Aku nak jaga kumpulan, baru seronok sikit, enjoy dengan budak-budak junior.. jadi biro disiplin, boleh tengok dari jauh je.. hampeh.." keluh Fitri.

"Ala, dah muka kau 2 ganas sangat, orang yang kau kenal je yang kau senyum, orang yang kau tak kenal, kau buat muka ketat je.. buat je keje yang orang dah bagi tu.. hahaha.. tido lewat la kau, aku boleh makan.. hahaha" seronok pula Wafie apabila dia diletakkan di biro makanan.

"Apsal ko seronok sangat?" tanya Fitri.

"Mestilah, sambil-sambil aku bagi makanan kat junior nanti, boleh aku tengok sekali, mana tau ada yang cun dan berkenan di hati, boleh aku tackel terus.. hahaha"

"Eh, ke situ pulak die.. kite ni datang nak buat keje, bukan nak cari awek.. ape la.."

Hari pendaftaran berjalan lancar, pada malam itu semua pelajar baru diberi taklimat dan sesi suai kenal telah diadakan, para pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Fitri cuma duduk di atas pentas sambil melihat dari jauh aktiviti yang dilakukan. Dia sedikit kecewa kerana diletakkan di biro disiplin. Jika tidak, pasti sekarang dia sudah berada di dalam salah satu kumpulan pelajar baru untuk menjalankan sesi suai kenal di dalam kumpulan.

Hari kedua dan ketiga juga begitu, dia sudah mula berasa bosan kerana tugasnya hanyalah mengejutkan pelajar untuk bangun solat subuh berjemaah dan memastikan mereka hadir tepat pada masa untuk setiap aktiviti. Pada hari keempat, ketika para pelajar sedang mendengar taklimat dari En. Soleh di dalam dewan, mata Fitri tertumpu pada seorang gadis yang berada di bahagian belakang dewan. Hatinya tertarik untuk melihat gadis itu lebih lama. Timbul pula rasa ingin tahu siapa gerangan gadis itu. Selepas taklimat, para pelajar keluar untuk minum pagi, Fitri cuba mencari gadis itu, tetapi tidak berjumpa.

"Kenapa dengan aku ni? kenapa aku rasa nak sangat kenal budak tu? hmm... perasaan aku je kot.." fitri bermain-main dengan fikirannya sendiri.

Pada malam itu, modul 'Kerana Diriku Begitu Berharga' dijalankan, modul ini memerlukan setiap kumpulan untuk membuang salah seorang ahli kumpulan mereka dan dihantar kepada fasilitator. Pelbagai gimik dilakukan oleh fasilitator, ada yang menyatakan para pelajar yang dibuang dari kumpulan mereka akan dihantar ke kampus cawangan lain kerana peserta lain tidak mahu menerima mereka. Fitri memerhatikan gelagat pelajar junior dan fasilitator dari atas pentas, ada yang sampai bergaduh kerana hendak mendapatkan kembali ahli kumpulan mereka yang telah dibuang.

"Fit" tiba-tiba suara Ain memanggil Fitri yang sedang asyik memerhatikan orang di atas pentas.

"Ambik budak ni, aku serahkan kat kau tuk keje seterusnya" Ain seperti memberi arahan.

"Ok, beres." alangkah terkejutnya dia pada waktu itu apabila melihat wajah pelajar yang diserahkan padanya.

"Ni budak tadi tu.." hatinya tiba-tiba menjadi berdebar-debar. Dia tidak sangka yang dia akan bertemu juga dengan gadis yang dilihatnya pada pagi tadi.

"Mari ikut saya.." Fitri menyuruh gadis itu mengikutnya ke atas pentas.

"Nama awak siapa?"

"Asyikin." hatinya semakin berdebar taktala gadis itu bercakap dengannya.

"Awak asal dari mana?"

"Parit Buntar"

"La, yaka.. orang utara jugak la ni.. abang asal dari Kedah.. hehehe.." Fitri cuba memeriahkan suasana yang dirasakan agak suram dengan loghat utaranya. Dia tidak menyagka yang gadis itu juga berasal dari utara tanah air.

"Kenapa awak yang kena buang dari kumpulan?"

"Sebab saya yang paling muda dalam kumpulan tu"

"Ya ka, ok lah, sekarang awak pi duduk kat belakang tu" Fitri menunjukkan tempat kurungan untuk para pelajar yang dibuang. Asyikin seperti orang yang menurut perintah, mengikut sahaja apa yang disuruh.

Hati Fitri gembira bukan kepalang. Akhirnya dapat juga dia bersembang dengan gadis yang dilihatnya pagi tadi. Mudah benar dia mendapat peluang untuk berbicara dengan gadis itu.Dia benar-benar mahu mengenali dengan lebih mendalam tentang gadis itu, tetapi dia sendiri tidak tahu sebabnya.

"Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.." hatinya berbicara. Dia melihat Asyikin berjalan ke bahagian belakang dewan dan duduk bersama dengan pelajar dari kumpulan lain yang menerima nasib yang sama dengan Asyikin.

Modul pada malam itu digamatkan lagi dengan tangisan para pelajar baru apabila sesi muhasabah diri bersama fasilitator dilihat berhasil memberikan satu impak dalam diri mereka. Malam itu, semua fasilitator berpuas hati dengan modul yang dijalankan, Fitri juga tersenyum lebar seorang diri, bukan kerana modul yang mereka jalankan, tetapi kerana dia dapat bercakap dengan Asyikin. Hatinya cukup riang.

"Hoi! ape senyum sorang-sorang ni?" Wafie menyergah dari belakang.

"Takde ape lah.. hehehe.." Fitri cuba berselindung.

"Kau tak payah nak tipu aku la, aku bukan baru kenal kau, lagipun orang gila je yang senyum sorang-sorang ni.." Wafie cuba mendesak untuk mengetahui apa yang terbuku di hati sahabatnya itu.

"Kan aku dah cakap, takde ape la.. Dah, jom balik blok, aku dah penat ni.. esok nak kejut orang bangun Subuh lagi.."

Mereka berdua berjalan balik selepas menghabiskan minuman di perkarangan koperasi.

......................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment