Thursday, April 14, 2011
Kembara Cinta : Prolog
"Abang, ada mesej.."
Fatin menghulurkan telefon bimbit milik Fitri apabila nada dering berbunyi menyatakan ada pesanan ringkas yang baru tiba. Fitri bangun dari meja tulisnya dan membaca mesej itu, 'Salam, Sila hadirkan diri anda ke kolej pada 19hb Mei 2010 utk kursus OCM di Pulau Pangkor, lewat laporkan diri, sy kira anda tidak brminat.. tq..'
Fitri tersenyum dan memberi semula telefon bimbitnya kepada Fatin. Adik bongsunya itu memang suka bermain games yg ada di dalam telefonnya.
"Dah, pegi main jauh-jauh.. Abang ade banyak keje ni.."
Fitri kembali ke meja tulisnya, Fatin mengekori dari belakang,
"Abang buat keje ape cuti-cuti ni?"
"Ade la keje abang nk buat, kau sibuk kenapa? Dah, pegi main kt bawah.."
"Abang tulis ape tu?"
"Surat cinta.. hehehe.. Ish, sibuk je nak tau orang buat ape, ade la keje abang.. kalau nk duk sni jugak, abang ambik balik handset tu.."
"Ye la, orang nk turun la ni.." Fatin berlalu keluar dari bilik.
Sengaja disuruh adiknya keluar dari bilik, dia tidak mahu konsentrasinya diganggu, puisi 'Kembara Anak Kancil' yang ditulis sejak sebulan lalu masih belum siap. Fitri masih mencari bait-bait kata yang sesuai untuk ditulis dalam puisinya. Hampir setengah jam memerah otak, dia akhirnya turun ke ruang tamu untuk menonton tv.
"Ingatkan nak duduk terperap kat dalam bilik tu ja..." tiba-tiba ibunya bersuara.
"Nak keluaq pun takdak kawan, duk ja la dalam bilik, tidoq pun ok.. hehehe..." Fitri bergurau.
"Lusa abang kena balik Kuantan, tadi dapat mesej yang kami kena berkumpul kat sana dulu sebelum bertolak pi Pulau Pangkor untuk kursus fasi tu.." Dia memberitahu ibunya tentang mesej yang baru diterima sebentar tadi.
"Baru cuti brapa minggu dah nak balik pi sana pulak, dah habis kursus balik mai pulak dak?"
"Tak, lepas abih minggu orientasi nanti baru orang balik.."
"Jaga budak-budak junior tu elok-elok, orang dah bagi tanggungjawab untuk bimbing depa, hang jangan duk pi buli anak orang pulak.."
"Ye, anak mak ni kan baik.. hehehe.."
"Tersengih macam kerang busuk, ingat handsome sgt la tu.."
"Memang pun.. takkan mak baru nak tau anak mak ni memang handsome? hahaha.." suka benar Fitri bergurau dengan ibunya.
...................................................................................................................
Pagi itu dirasakan begitu sejuk sekali, mungkin disebabkan malam sebelumnya hujan. Terketar-ketar tangan Fitri ketika dia menadah tangan untuk membaca doa setelah selesai solat subuh. Selesai bersoa, dia mengemas beg pakaian yang akan dibawa ke Kuantan nanti. Beberapa kelengkapan mandi dan alat tulis juga turut dibawa bersama.
"Pukul brapa abang nak bertolak?" ibunya bertanya ketika mereka sedang sarapan pagi.
"Tengoklah dalam pkul 2 atau 3 nanti, malas nak bertolak awal.. Bukan ada orang pun kat sana.."
"Nak mak buat bekal terus ka? Nanti smpai sana boleh makan terus.."
"Tak payah la, nanti orang sampai sana tau la nak makan kat mana.." Fitri menolak, dia tidak mahu menyusahkan ibunya.
"Eh, payah.." ibunya tersenyum.. tiba-tiba mereka berdua ketawa, Fatin yang berada di meja makan pada ketika itu juga turut tersenyum melihat gelagat abang dan ibunya.
Beg pakaian, bekal makanan, dan sedikit snek untuk perjalanan nanti sudah dimasukkan dalam kereta. Fitri menyarungkan kasut Nike yang baru dibeli dan membetulkan pakaian yang sedikit berkedut.
"Dah besaq pun tak reti nak iron baju sendiri lagi.." tegur ibunya.
"Ala, nanti dah kawin, ada bini tolong gosokkan, hehehe..."
"Sapa la yang nak kat hang tu, tak tau la kalau ada jugak anak dara yang berkenan.."
"Ada, orang ja yang tak mau.. hahaha..." Fitri tersenyum, dia bersalaman dengan ibu dan adik-adiknya.
"Kirim salam kat abah.." Kebetulan ayahnya tidak ada di rumah pada hari itu kerana menghadiri kursus di Johor Bahru pada hari sebelumnya.
"Ok, bawak kereta elok-elok, nak jalan jauh tu.." ibunya memberi pesanan terakhir sebelum dia bertolak.
Akhirnya, kereta Perodua Kancil miliknya itu memecut laju meninggalkan kawasan rumah. Kini, dia perlu fokus dengan tugas yang akan dipikul sebaik tiba di Kuantan nanti.
........................................................................................................................
Labels:
Kembara Cinta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment