Fitri duduk berehat di bawah pokok berdekatan dengan gelanggang bola tampar selepas selesai kuliah untuk hari ini. Dia melihat pasukan bola tampar KPTM sedang menjalani latihan di situ. Minggu depan akan diadakan sambutan Aidilfitri di KPTM. Beberapa wakil dari MPP mengajak Fitri untuk turut serta bersama mereka menjadi ahli jawatankuasa majlis berkenaan tetapi di tolak olehnya mentah-mentah. Bukan dia tidak mahu turut serta bersama MPP, lagipun mereka bukannya orang luar untuk dia berasa malu atau segan, cuma kali ini dia hanya mahu menghadiri majlis itu seperti pelajar lain, dia tidak mahu memeningkan kepala dengan tugas-tugas pada hari itu nanti.
Beberapa hari kebelakangan ini juga dia seperti tidak tenteram. Fikirannya banyak terarah pada kejadian yang berlaku hari minggu yang lalu. Setiap kali dia teringat kejadian itu, hatinya terasa pedih, perasaannya bercampur baur. Dia seperti tidak dapat menerima apa yang dilihatnya pada malam itu. Walhal ramai lagi perempuan lain berada di sana, tetapi kenapa dia terasa sesuatu yang kurang menyenangkan bila melihat Asyikin di Teluk Chempedak tempoh hari? Sejak dari malam itu, Fitri belum sekali pun menghubungi Asyikin, Mungkin juga dia putus asa untuk cuba memenangi hati gadis itu.
'Orang secantik dia, siapa la kau tu nak cuba jadikan dia teman istimewa.. Ramai lagi lelaki lain yang lebih sesuai dengan dia..' Fitri merendahkan diri sendiri. Dia rasa sudah sampai masa untuk dia berhenti daripada terus mengharap sesuatu yang belum pasti dari Asyikin. Dia tidak mahu nanti orang mengatakan dia perasan pula. Fitri kemudian berjalan pulang ke rumah sewanya yang terletak di belakang KPTM. Dia sudah penat seharian menghadiri kuliah, malam ini dia mahu berehat sahaja di rumah, tugasan yang diberi pun paling awal perlu dihantar tiga hari lagi. Masih ada masa untuk disiapkan esok atau lusa.
Selesai sahaja solat Maghrib, dia terus baring di atas katilnya. Baru sahaja dia terlelap, tiba-tiba telefon bimbit yang diletakkan di bawah bantal berbunyi. Nama Asyikin terpapar di skrin telefon, gadis itu menghantar pesanan ringkas kepadanya.
'Askum.. abg wat ape 2? sihat?' Dia melihat mesej yang baru diterima itu, sebelum ini jika mesej yang diterima adalah dari Asyikin dia kelihatan begitu seronok, kali ini tidak ada perasaan seperti itu. Fitri membalas mesej Asyikin secara bersahaja, tidak mahu gadis itu mengesyaki apa-apa tentang dirinya dan lebih penting lagi dia takut akan melukakan hati Asyikin pula kalau dia menyentuh tentang kejadian di Teluk Chempedak tempoh hari.
'Mggu dpn ade majlis ape kt kolej abg? dgr citer ada karaoke lg..' Perbualan melalui mesej antara Fitri dan Asyikin semakin rancak. Perasaan kurang senang yang bersarang di hati Fitri sejak beberapa hari lalu hilang sedikit demi sedikit.
'Mggu depan ada jamuan raya.. ari rabu kalu xsilap.. npe, ekin nk nyanyi ke nnt? hehe..' Fitri memberitahu Asyikin serba sedikit tentang majlis sambutan Aidilfitri yang akan diadakan nanti.
'xnk la.. suara org bkn sdap pn.. huhu.. malu la nnt..'
'ye ke? hehe.. abg pn xtau la nk nyanyi ke x.. segan la plak nyanyi depan org rmai..'
'abg nyanyi la, nnt ekn tgk.. kalu xsdap org wat xtau je la ngn abg nnt..'
'haha.. tgk la mcm mana nnt..'
Selepas berbual dengan Asyikin, Fitri baring semula, niatnya mahu terus sahaja tidur tapi matanya masih lagi terasa segar. Rasa gembira kembali memenuhi ruang hatinya, tidak ada lagi perasaan bercampur baur yang tidak menyenangkan menyelubungi hatinya. Fitri kembali tersenyum.
........................................................................................................................
"Bro, ko free tak petang ni?" Fitri bertanya pada Fikri sebaik sahaja dia mendekati sahabatnya itu.
"Aku nak keluar dengan awek aku jap.. nape?"
"Hehe.. aku nak mintak tolong kau sikit ni.. agak-agak boleh tak?" Fitri agak ragu-ragu untuk meminta pertolongan sahabatnya itu.
"Ko nak mintak tolong ape?"
"Camni, japgi aku nak follow korang jap boleh? Aku nak mintak tolong awek ko sikit la.. boleh tak?"
"Aku ok je... tapi ko nak mintak tolong ape sebenarnye ni? Cuba cakap terang sikit.." Fikri sedikit hairan dengan permintaan Fitri kali ini.
"Emm, mak aku ade bagi kerongsang ni kat aku, tapi aku rasa kalau nak hadiahkan kat orang kerongsang je macam tak best sangat la.. aku nak beli selendang, nak bagi sekali dengan kerongsang ni nanti.. So, petang ni aku nak mintak tolong awek ko bawak aku pegi tempat yang ada selendang la.. dia mesti tau kat mana kedai yang bagus.."Fitri menerangkan pada Fikri dengan panjang lebar.
"Oo.. kau nak bagi dekat budak junior tu eh? ok, boleh.. takde hal la.. member punye pasal.. nanti petang jumpa aku dekat Megamall.." Fikri tersenyum sambil menepuk bahu sahabatnya itu.
Fitri bertolak ke Megamall untuk berjumpa dengan Fikri seperti mana yang dijanjikan pagi tadi. Kelihatan Fikri dan Zamratul, kekasihnya sudah pun menunggunya di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis tudung.
"Ni kerongsang yang aku nak bagi tu, ko boleh tolong padankan dengan mana-mana selendang yang sesuai tak, pilih yang cantik-cantik sikit.. harga jangan risau, aku tak kisah.." Fitri menyerahkan kerongsang yang diberi oleh ibunya kepada Zamratul.
Dia kemudian mengikut Fikri dan Zamratul masuk ke dalam kedai tersebut. Hampir sejam berada di dalam kedai itu, akhirnya beberapa helai selendang sudah berada di tangannya. Kali ni, dia perlu memilih salah satu dari selendang tersebut untuk dijadikan hadiah bersama kerongsang itu nanti.
"Susahnya nak pilih.. aku tak tau la nak ambil yang mana.. kau je la yang pilih.." Fitri menyerahkan pada Zamratul.
"Eh, jangan macam tu.. kau la pilih.. kau yang nak bagi hadiah, bukan aku.. semua cantik, tapi pilih je la satu.. kalau kau rasa susah nak pilih, beli je semua.. haha.." Zamratul berkeras mahu Fitri memilihnya sendiri.
Beberapa minit dia berfikir, sehelai selendang yang berada di tangan Zamratul dicapai. Coraknya yang ringkas berwarna merah jambu kelihatan terserlah di atas selendang berwarna hitam itu. 'Warna hitam selamat sikit, boleh pakai dengan mana-mana baju..' Dia tersenyum melihat selendang itu. Harap-harap Asyikin akan menerima pemberiannya itu. Selepas membeli selendang, dia menuju ke kedai cenderahati, Fitri membeli sebuah kotak hadiah berwarna hitam putih untuk dijadikan bekas hadiahnya. Dia kemudian terus pulang ke rumah, mahu membungkus hadiahnya terus, kalau boleh dia mahu memberinya pada Asyikin secepat mungkin.
Beberapa hari dia cuba mencari masa yang sesuai untuk berjumpa dengan Asyikin tetapi tidak berhasil. Jika bukan dia yang ada urusan, Asyikin pula yang ada tugas lain. Majlis sambutan Aidilfitri akan berlangsung esok. Kalau boleh dia mahu melihat gadis itu memakai selendangnya pada majlis itu nanti. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meminta bantuan Fify. Telefon bimbitnya segera dicapai.
"Hello, Assalamualaikum adik... abang nak mintak tolong kat adik sikit ni.. adik free tak?" Fitri terus menyatakan hasratnya pada Fify.
"Free je.. abang nak mintak tolong ape?"
"Japgi abang tunjuk, adik datang kat kedai makan depan rumah abang jap boleh?"
"Ok abang, kejap lagi adik sampai.." Fify terus keluar dari biliknya menuju ke tempat yang dijanjikan.
Sebaik sahaja adik angkatnya itu tiba, Fitri menyerahkan kotak hadiah itu pada Fify.
"Hadiah sape ni abang?" Fify masih lagi kebingungan.
"Hadiah untuk Ekin, abang nak bagi sendiri tapi tak sempat, banyak kerja.. adik tolong bagi dekat Ekin boleh? Adik kan satu blok dengan dia.. nanti abang belanja makan.. hehe"
"Wahh.. dah pandai nak mengorat orang sekarang ye.. mesti Ekin suke ni.. ok, kejap lagi adik terus bagi dekat Ekin.."
"Ok, thanks tau.. banyak dah tolong abang.. hehe"
"Takpe la, nanti abang tolong adik pulak.. ok, bye abang.."
Fitri kemudian masuk ke biliknya.. dia meneruskan tugasan yang dibuatnya sebentar tadi. Hatinya berdebar-debar menunggu respon dari Asyikin tentang hadiahnya itu. Hampir dua jam dia menunggu, belum ada panggilan atau pesanan ringkas yang diterima dari gadis itu. Dia mula tertanya-tanya sendiri. 'Fify ni dah bagi ke belum hadiah tu.. ke Ekin tak nak terima hadiah yang aku bagi tu?' bermacam-macam soalan yang bermain di fikirannya. Akhirnya dia pasrah, Fitri menutup lampu biliknya untuk tidur, baru sahaja dia merebahkan badan beberapa minit, telefon bimbitnya berbunyi.
'abg, thanks ye bg adiah kt ekn.. wat susah jew..' ringkas sahaja mesej yang diterima.
Fitri tersenyum, jarinya menekan laju punat-punat di telefon bimbitnya. 'sama2.. x ssh la.. ok x selendang tu? abg xreti la nk plih.. org kdai 2 pn pning dgn abg td.. huhu..'
'ya ka.. ok la cantik jgk selendang ni..'
'ok, kalu cantik xpe la.. takut ekin x berkenan je..'
'ok dh.. hehe.. ok la abg, ekn nk tdo dlu.. gudnite, bye..'
Keesokan paginya Fitri menghubungi Fify sebelum dia bergerak ke majlis yang sedang berlansung di dalam kolej.
"Assalamualaikum adik.. dah pergi ke jamuan raya?"
"Belum lagi, abang dah sampai ke?"
"Abang baru nak gerak ni.. Ekin ade kat situ tak?"
"Ade kat bilik kot, nape abang?"
"Hehe.. takde ape.. saje tanye.."
"Haa.. tu pun dia dah keluar dari bilik.. waaa! Ekin pakai selendang abang la.. cantik tau abang.."
"Ye ke? dia pakai baju warna apa? padan tak dengan selendang tu?"
"Baju warna pink, cantik sangat abang.. abang tengok la nanti.."
"Ok, abang nak gerak masuk dalam dulu la.. nanti kita jumpa kat dalam.. bye.."
Fitri terus mematikan talian, dia kemudian berjalan kaki menuju ke KPTM bersama dengan teman-teman serumahnya. Tidak sabar dia nak melihat Asyikin hari ini, memakai selendang pemberiannya itu.
..................................................................................................................................
Hampir lima bulan perkenalan Fitri dengan Asyikin, semakin lama dirasakan semakin mesra, tetapi Fitri masih belum meluahkan rasa hatinya pada Asyikin. Masih ada rasa malu dan takut untuk menyatakannya pada gadis itu. Mana tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan, lagipun gadis secantik Asyikin masakan belum berpunya, paling tidak dia mempunyai buah hati di kampung halamannya di Perak. Perasaan itu sering membelenggu dirinya setiap kali dia cuba untuk memberitahu Asyikin tentang perkara itu. Akhirnya, Fitri hanya memendamkan sahaja di dalam hatinya.
Teringat pula dia semasa majlis sambutan Aidilfitri tempoh hari, melihat Asyikin mengenakan selendang pemberiannya, hatinya begitu gembira. Satu senyuman yang diberikan oleh Asyikin walaupun hanya dilihat dari jauh benar-benar membuatkan dia tertawan pada gadis itu. Rasa ingin saja dia pergi menemui gadis itu dan memberitahu hasratnya. Tapi fikiran warasnya membantah, bimbang pula di cop sebagai gila bayang atau gedik. Silap haribulan, dia pula yang akan malu sendiri nanti.
Fitri memegang telefon bimbitnya, nombor telefon Fify dicari, dia mahu berbual dengan adik angkatnya itu untuk menghilangkan rasa bosan pada malam itu. Panggilan dijawab tetapi Fitri terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Fify, adik angkatnya itu sedang menangis!
"Kenapa ni adik? Ada masalah ke?"
"Takde la abang, adik tengah sedih.."
"Kenapa sedih? Tak nak share dengan abang ke?"
"Tak tau la nak bagitau dekat abang ke tak.. takut nanti abang pun sedih jugak.."
"Kenapa pulak abang nak kena sedih? Cuba cerita dulu.. jangan la nangis lagi.."
"Hmm.. tadi adik pergi bilik Ekin, abang tau tak, Ekin nak bertunang hujung tahun ni..."
"Hah? ye ke? oo.. sebab tu la adik menangis? dah, jangan nangis lagi.. dah jodoh dia.. kita doakan je la.." Hatinya berdebar-debar, terasa satu kehilangan dalam dirinya bila mendapat berita itu.
"Kesian la kat abang, tak kan la Ekin tak tau abang suka dekat dia.. Sampai hati dia buat abang macam ni.."
"Eh, abang ok je la.. lagipun abang tak pernah cakap pun dekat dia.. Mesti la Ekin tak tau abang suka kat dia.. Adik pergi rehat dulu.. relax, tenangkan fikiran.. nanti abg call balik.."
'Aduh.. melepas sudah.. hmm.. nak buat macam mana takde jodoh la kot.. nasib baik la aku tak bagitau kat dia dulu.. kalau tak lagi malu aku..' Fitri bermonolog sendiri selepas talian dimatikan. Tetapi rasa sedih tetap ada, tidak disangka pula gadis itu akan menjadi tunangan orang. Mungkin Asykin bukanlah jodoh untuknya, Fitri perlu akur, dia bukanlah siapa-siapa di hati gadis itu. Sedang dia termenung di depan rumah, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Nama Fify terpapar di skrin, mungkin adik angkatnya itu masih belum dapat menerima berita itu, jadi dia mahu berbual dengan Fitri.
"Abang!! tadi tu Ekin tipu je la.. dia tak tunang pun.. dia saja nak nak main-main dengan adik.. haha.." Kedengaran suara Fify yang kembali riang.
"Betul ke ni?"
"Ye, betul.. adik tanya kat dia kenapa buat macam tu.. dia cakap abang tu lambat sangat, dah suka tak nak bagitau, tak kan la Ekin pulak nak cakap dekat abang.. lelaki la yang patut mula dulu.. hem.. macam mana la abang saya ni? nak mengorat, tapi dah suka tak nak bagitau.."
"Hehe.. segan la adik.."
"Dah, sekarang macam ni, Ekin dah cakap macam tu, apa lagi yang abang nak tunggu? Luahkan je la.."
"Ok, nanti la abang bagitau kat dia.."
"Ish, nak tunggu lagi? susah betul cakap dengan abang ni.. camni la, kalau abang tak bagitau dekat Ekin dalam masa seminggu ni.. adik tak nak tolong abang dah.. biar la Ekin jadi makwe orang lain.."
"Jangan la macam tu.. bagi la abang masa sikit lagi.."
"Tak nak.. seminggu je.. ok, bye abang.. adik nak masuk tidur dulu.. jangan lupa tau.. seminggu je!"
Fitri berkira-kira, hari ini hari Ahad, dia cuma ada masa sampai hari Ahad minggu depan. Ayahnya baru saja tiba petang tadi kerana menghadiri kursus selama seminggu di sini. Jika ayahnya ada di sini, Fitri perlu keluar makan bersama ayahnya setiap malam. Ujian juga banyak minggu ini, Isnin sehingga Rabu kemudian hari Jumaat dan Sabtu. Jika ditolak hari ujian, dia cuma ada hari Khamis dan hari Ahad sahaja. Fitri mula serabut, macam mana dia mahu berjumpa dengan Asyikin kalau jadualnya padat sebegini.
Sudah tiga hari berlalu dari tempoh seminggu yang dia ada, Fitri nekad, esok hari Khamis, hanya hari itu sahaja yang dia boleh berjumpa dengan Asyikin. Pesanan ringkas dihantar pada gadis itu, mempelawanya keluar untuk makan malam bersama. Jawapan yang diterima dari Asyikin tidak mengecewakan. Cuma bagaimana dia hendak memberitahu ayahnya tentang malam esok? Mahu atau tidak, dia juga perlu keluar makan bersama ayahnya nanti. Keesokan harinya, Fitri menghantar sekeping mesej pada ayahnya.
'Abah, malam ni mkn awal skit blh x? abg nk kena jmpa kawan abg jap..'
'Ok, pukul berapa abg nk jmpa kawan abg tu?'
'Dalam pukul 8.30..'
'Lepas maghrib nnt kita mkn dekat-dekat kolej tu je la..'
'Ok, nnt lpas maghrib abg trus p sna..'
Fitri tiba di kedai makan pada malam itu lebih kurang jam 7.20 malam. Ayahnya sudah sedia menunggu di situ. Dia sudah berjanji dengan Asyikin untuk mengambil gadis itu pada jam 8.30 malam. 'Masih ada sejam lagi..' Fitri berbisik sendiri sambil melihat jam di tangan. Masa semakin suntuk, dia semakin gelisah, sebaik sahaja makanan yang dipesan sampai, Fitri tidak bercakap lagi dengan ayahnya. Makanan itu perlu dihabiskan cepat, dia tidak punya banyak masa. Selesai sahaja makan, Fitri dan ayahnya berjalan menuju ke kereta masing-masing. Tangan disalam, kemudian Fitri terus memecut menuju ke KPTM untuk mengambil Asyikin pula, dia sampai tepat pada masanya.
Fitri menuju ke sebuah kedai yang berasaskan masakan Siam, kedai itu dirasakan agak sesuai suasananya ditambah pula jaraknya dengan kolej tidak begitu jauh. Sepanjang berada di dalam kereta dan di kedai makan, Fitri begitu jarang membuka mulut untuk berbual dengan Asyikin. Dia gemuruh, hatinya berdebar-debar, kali ini tidak ada lagi Fify yang akan membantunya. Hanya dirinya sendiri yang akan menentukan. Makanan dijamah tanpa sedikit pun matanya menoleh ke arah Asyikin. Dia sedar gadis itu sudah mula memandangnya dengan pelik, sengaja tidak dihiraukan, dia sedang bermain-main dengan hatinya sendiri. 'Bila la nak cakap ni? kejap lagi dah nak balik dah.. nanti melepas pulak..' Fitri tahu kelakuannya lain sedikit malam itu dan dia tahu Asyikin juga menyedarinya. Akhirnya Fitri mula bersuara.
"Em, sedap tak makan kat sini?"
"Boleh la, sedap jugak.."
"Kelas Ekin macam mana sekarang?"
"Ok je.. boleh la buat.. tak susah sangat.."
'Ish, benda lain yang aku nak cakap.. benda lain pulak yang keluar.. susah ni..' Fitri seperti hilang punca. Perkara sebenar yang mahu diberitahu tidak dapat diluahkan.
"Ekin, kita dah kenal berapa lama?"
"Tak tau la.. berapa lama eh?"
"Hehe.. lima bulan dah.. em, macam ni.. dalam masa 5 bulan kita kenal ni, abang ada tiga benda je nak cakap dekat Ekin.." Perbualan mereka terhenti seketika, Fitri kelihatan gugup.
"Pertama.. abang sukakan Ekin.." Fitri mula meluahkan hasratnya.
"Kedua.. abang rasa abang dah sayang kat Ekin" wajah Asyikin kelihatan sedikit berubah. Fitri semakin gugup.
"Ketiga..." Fitri masih malu untuk memberitahu Asyikin. Dia terhenti sekali lagi, tapi cuba dilawan rasa malu itu.
" I love you.."
Satu perasaan lega hadir dalam diri Fitri taktala perkataan itu meniti di bibirnya. Satu senyuman diberikan pada Asyikin yang kelihatan sedikit terkejut dan tidak memberikan sebarang respon.
"Abang tak paksa Ekin untuk terima abang terus dan bagi jawapan sekarang. Cuma abang rasa dah sampai masa abang bagitau kat Ekin tentang perkara ni.." Fitri cuba menerangkan pada Asyikin.
Kali ini, gadis itu pula kelihatan malu-malu, dia masih lagi kelihatan terkejut, riak wajahnya juga seperti ada rasa serba salah di dalam diri. Fitri teringin untuk tahu apa yang difikirkan oleh Asyikin sekarang. Akhirnya mereka menuju pulang ke kolej dengan jawapan dari Asyikin masih menjadi tanda tanya. Fitri juga sedikit kecewa kerana tidak dapat mengetahui jawapannya saat itu tetapi memberi masa kepada Asyikin lebih baik daripada luahan hatinya ditolak bulat-bulat oleh gadis itu.
Kereta diberhentikan di pintu pagar bahagian belakang KPTM. Fitri menarik handbrake, tiba-tiba Asyikin mencapai tangannya, gadis itu bersalam dengannya. Dalam masa yang sama, perkataan yang keluar dari mulut Asyikin benar-benar membuat Fitri gembira.
" I love you..." Perlahan sahaja perkataan itu disebutkan, tetapi Fitri masih boleh mendengarnya.
Asyikin turun dari kereta, berjalan pulang ke hostelnya. Fitri terus memandu ke rumahnya, dia berhenti dihadapan rumah tetapi belum turun di kereta. Hatinya masih lagi berbunga-bunga, senyumnya hingga ke telinga, dia benar-benar gembira.
"Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana hadirkan dia dalam hidupku.." Sedikit air mata kegembiraan menitis di pipinya saat itu.
..............................................................................................................................

No comments:
Post a Comment