Monday, December 5, 2011

Kembara Cinta : Chapter 9

Kelajuan kereta Kancil yang sedang menuju ke Kedah terpaksa dihadkan pada 80km/jam kerana mereka sudah terlebih muatan. Bob yang menjadi pemandu pertama kerana dia cuma menumpang hingga ke Bentong sahaja. 'Harap-harap kereta ni tak buat hal la..' Fitri berbisik sendirian di dalam hati. Dia duduk di bangku belakang kali ini, cuba untuk melelapkan mata kerana dia hanya akan memandu apabila mereka tiba di Simpang Pulai nanti, jadi lebih baik dia mendapatkan rehat yang secukupnya sekarang. Sedang dia cuba untuk tidur tiba-tiba kedengaran bunyi berdengung yg agak kuat di bahagian belakang kereta. Dia sudah perasan mengenai bunyi itu tadi tetapi dibiarkan sahaja kerana tidak begitu kuat dan dia menyangka bunyi itu disebabkan oleh permukaan jalan di situ.

"Berhenti kat tepi Bob, tengok apa masalah" Fitri memberikan arahan.

Mereka semua turun dari kereta sebaik sahaja Bob berhenti di bahu jalan.

"Alamak.. tayar dah pecah la.." Akmal memberitahu pada Fitri.

"Aduhh.. masalah besar ni.."

"Tayar spare kau elok tak?" Afiq bertanya sambil membuka bonet kereta dan mengeluarkan beg-beg yg ada.

"Elok kot, aku lupa la nk check tayar spare tu.." Fitri kelihatan sedikit kusut, yang pasti dia perlu mengeluarkan wang untuk membeli tayar baru.

"Takde angin tayar spare ni.. macam mana?" Bob bertanya selepas mereka menggantikan tayar yang pecah sebentar tadi. Eiza hanya memerhatikan mereka tanpa berkata apa-apa.

"Terpaksa la jalan jugak, takkan kita nak tunggu kat sini je.. jangan laju sangat Bob, yang penting bagi smpai Bentong dulu.. nanti kita cari kedai tayar kat sana.." Fitri memberikan cadangannya.

Mereka bertolak semula selepas memasukkan barang ke dalam kereta. Kali ini kelajuan mereka cuma 50km/jam, kereta dipandu dengan berhati-hati, risau kalau terbabas dek kerana tayar yang ditukar tadi kurang angin. Akhirnya mereka tiba juga di Bentong, selepas singgah di rumah Bob dan mengeluarkan barang miliknya, Fitri, Akmal, Afiq dan Eiza terus bertolak mencari kedai tayar untuk membeli tayar baru.

RM50 terpaksa dikeluarkan daripada bajet yang ada, itupun mereka hanya mendapat tayar terpakai sahaja. Perjalanan diteruskan, kali ni Akmal pula yang memandu.

"Abang, nanti turunkan Eiza dekat Plaza Tol Gombak, ada sepupu datang ambik kat sana.." Eiza memberitahu Fitri.

"Tak jadi la nak turun kat Penang ni?" Fitri meminta kepastian.

"Takpe la abang, lagipun abang nak pergi ambik adik abang lagi nanti. Tadi pun kita dah sendat, kejap lagi pun mesti macam tu jugak."

"Ok, Akmal nanti kita berhenti dekat Tol Gombak, sepupu Eiza datang ambik kat sana.." Fitri mengingatkan Akmal.

Selepas menurunkan Eiza di Plaza Tol Gombak, mereka bertolak semula. Baru separuh jalan untuk sampai ke Kedah, nasib baik hari masih pagi lagi semasa mereka di sana, yang penting sekarang untuk tiba di sekolah adiknya sebelum jam 5 petang, kasihan pula kalau adiknya terpaksa menunggu lama sebelum dia tiba. Akhirnya mereka tiba di Kedah lebih kurang jam 9 malam. Fitri terus masuk ke rumah tanpa mengeluarkan beg, melihat ibunya yang sedang duduk bersembang di dapur, dia terus ke sana dan berbaring meletakkan kepala di riba ibunya.

"Penat la mak.." Fitri mengadu sambil menarik tangan ibunya dan diletakkan di kepala.

"Bertolak pukul berapa tadi?" Ibunya bertanya.

"Lebih kurang pukul 6 setengah pagi.." Baru dia sedar, perjalanan kali ini mengambil masa lebih 14 jam untuk sampai ke Kedah. Selalunya paling lama pun hanya 10 jam sahaja, patutlah dia tersa letih sangat kali ini. Fitri kemudian masuk ke bilik untuk tidur, dia mahu menghilangkan rasa penat dari perjalanan jauh tadi. Esok pagi dia perlu membawa datuknya membeli daging pula untuk dibuat rendang ketupat nanti.


..................................................................................................................................

'Selamat hari raya abg.. ekn mntak maaf kalu ekn ada wat slh kew, trkasar bahasa kew dgn abang.. ekn mntak maaf yup.. slmt hari raya..' Pesanan ringkas yang diterima pada pagi Hari Raya Aidilfitri itu membuatkan Fitri tersenyum sendirian di dalam bilik. Dia baru sahaja pulang dari beraya di beberapa buah rumah kenalan yang tinggal berdekatan dengan rumah neneknya.

'Selamat hari raya jgk.. abg pn mntak maaf kalu abg ada slh dan silap dgn ekin.. semoga happy disamping keluarga tersyg..' Fitri membalas semula kepada Asyikin. Teringin juga dia hendak pergi beraya di rumah Asyikin, tetapi buat masa ini mungkin kurang sesuai untuk pergi ke sana. Biarlah perkenalan mereka lama sedikit. Hari raya pertama memang tidak ceria buat Fitri kalau dia tidak keluar beraya. Kali ini dia bercadang mahu menziarahi datuk dan nenek angkatnya di Taiping. Selalunya hari raya pertama memang dia tidak ada di rumah, bila sudah keluar, malam nanti baru akan kelihatan kelibatnya semula.

Selepas seminggu berada di kampung, keluarga Fitri bertolak balik ke Melaka pada hari itu. Kali ni mereka berkonvoi dua kereta, Fitri bersama ibunya dan Fatin, adiknya menaiki kereta Kancil miliknya manakala ayahnya dan adik lelakinya, Faris menaiki kereta Myvi mengikut di belakang. Ketika kereta menghampiri kawasan Bukit Beruntung, kelihatan kepulan asap di hadapan kereta. Fitri cuba memerhatikan betul-betul asap itu, dia menyangka ada orang sedang membuat pembakaran di kawasan sekitar.

"Kereta ni berasap ke abang?" Ibunya juga kelihatan pelik melihat kepulan asap di hadapan kereta.

"Tak tau, abang bawak ok ja.. meter temperature tak jalan la mak.." Fitri mula ragu-ragu.

Tiba-tiba kereta menjadi semakin perlahan, Fitri cuba menekan pedal minyak sehingga habis, namun keretanya masih juga perlahan.

"Ah sudah, kereta ni ada masalah ni mak.." Fitri mula gelabah.

"Berhenti kat tepi ni, kejap mak call kat abah.."

Nasib baik ayahnya masih berada di belakang, cuma agak jauh sedikit dari mereka kerana ayahnya menghantar adik perempuannya dahulu di Pasir Salak sebelum meneruskan perjalanan. Selepas diperiksa, enjin mengalami kerosakan teruk akibat kebocoran paip radiator. Fitri perlu meninggalkan keretanya di sebuah bengkel di Bukit Beruntung untuk dibaiki. Ayahnya kemudian menghantar dia pulang hingga ke Kuantan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Melaka.

"Kau balik dengan ape? mana kereta kau?" Wafie bertanya sebaik melihat Fitri masuk ke rumah tetapi tidak kelihatan kereta sahabatnya itu semasa dia meninjau keluar.

"Rosak la bro.. aku kena tinggalkan dulu kat Bukit Beruntung.. next week baru siap.. aduh.." Fitri mengeluh.

"Patah kaki la kau minggu ni, x boleh nak pergi mana-mana.. hahaha!" Wafie cuba memujuk hati kawannya itu.

"Hmm.. nampak gaya macam tu la.." Fitri masih kelihatan tidak gembira.

Dia terus masuk ke dalam bilik, cuba untuk melelapkan mata, tidak mahu lagi memikirkan tentang keadaan keretanya sebentar tadi. 'Seminggu je pun..' Fitri cuba menyedapkan hatinya sendiri. Terpaksa la dia menumpang orang lain kalau nak ke mana-mana minggu ini.


...............................................................................................................................

Minggu berikutnya, Fitri menaiki bas ke Kuala Lumpur, dia akan menumpang di rumah ibu saudaranya dahulu sebelum pergi mengambil keretanya keesokan pagi. 'Hmm.. kena naik bas lagi' dia mengomel sendirian. Terpaksa jugalah dia ke sana, jika tidak dia tidak akan ada kenderaan untuk bergerak di Kuantan nanti. Dia teringat pesanan ringkas yang diterima dari Fify pagi tadi.

'Salam abg, sok jgn lupa dtg rumah adik tau.. adik wat open house.. ajak ekin skali k..'

'Abg xtau lg la blh dtg ke x.. kereta abg rosak la adik.. kereta ada kt KL skrg, mlm ni bru abg bertolak g sna.. sok pg bru amik n brtolak blik sni..' Fitri tidak mahu adik angkatnya terlalu berharap dia akan hadir nanti.

'X kire, abg kne dtg jgk.. bwk ekin skali tau.. ok, bye..' Fify tidak memberi banyak pilihan kepadanya.

Selepas mengambil kereta dan bersalaman dgn ibu dan ayahnya, Fitri terus bertolak pulang ke Kuantan. Dia perlu sampai awal kalau dia mahu menghadiri majlis rumah terbuka di rumah Fify. Dia juga masih belum memberitahu Asyikin tentang perkara itu. Takut tak jadi pula nanti, biarlah dia sampai di Kuantan dahulu sebelum menghubungi gadis itu.Jam 11.25 pagi, dia tiba juga di perkarangan rumah, terus dia menghubungi Asyikin.

"Assalamualaikum.. Ekin tengah buat apa?"

"Hmm? Tak buat apa pun.." kedengaran suara Asyikin seperti baru bangun dari tidur.

"Tidur ke? sori la abang kacau pulak.. nak tanya ni, Fify ajak pergi open house kat rumah dia, Ekin nak pergi tak?" Fitri tidak mahu menunggu lama, mungkin Asyikin sedang berehat.

"Takpe la abang, orang tak pergi kot.. penat la.." Asyikin memberikan jawapannya.

"Kalau macam tu takpe lah.. abang pergi dulu.. Assalamualaikum.."

Sampai sahaja di rumah Fify, soalan pertama yang keluar dari mulutnya, "Mana Ekin bang?". Dia hendak sangat melihat abang angkatnya hadir dengan gadis itu.

"Ekin tak datang la adik.. dia tengah berehat kat bilik.."

"Ye ke.. takpelah, jom masuk dulu abang, ibu dah siap masak dah.."

Masakan mee sup yang dihidang pada hari itu ditambah dua mangkuk lagi, begitu berselera dia menjamu selera, dari pagi tadi perutnya belum diisi kerana mahu cepat sampai ke Kuantan. Fitri berada di rumah Fify hampir tiga jam, berat pula hatinya untuk pulang apabila ayah Fify begitu rancak berbual dengannya dan beberapa rakan lelaki yang lain.

Malam itu dirasakan begitu bosan sekali, esok hari Ahad. Dia masih tidak dapat tidur, Wafie masuk ke biliknya.

"Bro, free tak? jom pergi T.C ambik angin.." Wafie mengajaknya keluar bersiar-siar.

"Boleh jugak.. aku pun bosan ni.." Fitri terus bersetuju dengan rancangan sahabatnya itu.

Mereka bertolak ke Teluk Chempedak, agak sukar untuk mencari tempat untuk meletak kereta pada malam minggu seperti hari ini. Akhirnya dia terpaksa meninggalkan kereta di kawasan yang agak jauh dengan pantai, terpaksalah mereka berjalan jauh sedikit. Mereka berjalan di sekitar restoran KFC dan McDonald's, tiba-tiba mata Fitri terpandang kelibat seseorang yang amat dikenalinya, terus dialihkan pandangannya ke arah lain. Hatinya tidak senang, melihat orang itu turut berada di situ pada lewat malam begini. Dia terus berjalan menuju ke medan selera di kawasan itu. Telefon Fitri berbunyi menandakan ada ada pesanan ringkas yang baru diterima. Nama Asyikin tertera di skrin telefon.

'Abg nk g mna tu?' Dia hanya melihat mesej itu dan memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam poket seluar.

'Mungkin dia tidur siang tadi sebab nak keluar malam ni la kot..' hatinya berbisik sendiri. Perasaan kurang senang semakin dirasakan. Cemburukah dia? Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi.

'abg, sori la ekn x bgtaw yg ekn nk dtg sni.. ekn tgk abg mcm mrh jew.. abg mrh kt ekn ke?' Ditatap mesej itu agak lama sebelum membalasnya.

'eh, tak la.. abg x mrh pn.. npe plak abg nk mrh ekin.. td xperasan msg ekin msuk.. hehe.. sori..' Fitri tahu dia cuma menipu diri sendiri, tetapi untuk dia berasa marah ataupun cemburu memang tidak patut. Asyikin hanya sekadar kenalan atau mungkin hanya boleh dianggap sebagai adik angkatnya sahaja, dia tidak boleh mempunyai perasaan begitu tetapi perasaan kurang senang di dalah hati memang tidak dapat dielakkan. Fitri akhirnya mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah selepas dia berada di situ beberapa ketika. Dia tidak mahu terlalu mengikut perasaannya.

.................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment